Halaman

Rabu, 31 Julai 2013

Lima Puluh Sebab Utama Kegagalan




  1. Tabiat tidak tentu hala dengan kaedah, tanpa matlamat atau tujuan tertentu.
  2. Keturunan fizikal yang tidak disenangi semenjak lahir.
  3. Suka masuk campur hal orang lain.
  4. Kurang tujuan utama yang pasti sebagai matlamat hidup.
  5. Tidak cukup pendidikan.
  6. Kurang disiplin diri yang biasanya dapat dilihat dengan jelas melalui tabiat makan yang berlebihan, ketagihan arak dan seks serta tidak menghiraukan untuk memajukan diri.
  7. Kurang cita-cita untuk menuju ke tahap yang lebih baik.
  8. Keuzuran yang biasanya disebabkan oleh pemikiran salah, pemakanan yang tidak betul dan kurang melakukan senaman fiizikal.
  9. Pengaruh keadaan sekeliling yang tidak menyenangkan semasa kanak-kanak.
  10. Kurang pertahanan diri dalam meneruskan perjalanan yang telahpun dimulakan hingga ke penghujung.
  11. Sikap mental yang negatif sebagai tabiat yang tetap.
  12. Keinginan untuk mendapatkan sesuatu tanpa sesuatu, biasanya dapat dilihat dalam tabiat suka berjudi.
  13. Kurang pengawalan terhadap emosi.
  14. Kegagalan mencapai keputusan dengan segera dan pasti, dan berpegang kepada keputusan yang telah dibuat.
  15. Pilihan pasangan yang salah dalam perkhawinan.
  16. Terlalu berhati-hati dalam perniagaan.
  17. Kurang berhati-hati dalam semua bentuk amaran.
  18. Silap memilih rakan perniagaan atau dalam profesion.
  19. Silap memilih kerjaya atau tidak hirau untuk memilih kerjaya.
  20. Kurang perhatian terhadap usaha atau tugas yang dilakukan dalam masa yang diberi.
  21. Tabiat boros, tanpa pengawalan terhadap pendapatan dan perbelanjaan.
  22. Kegagalan untuk mengawal belanja dan menggunakan masa untuk peluang keemasan.
  23. Kurang minat yang terkawal.
  24. Tidak bertolak-ansur.
  25. Kegagalan untuk bekerjasama dengan yang lain dalam semangat keharmonian.
  26. Penggunaan kuasa atau kemarahan yang tidak berlandaskan kecemerlangan atau usaha sendiri.
  27. Kurang semangat kesetiaan kepada mereka yang berhak diberi kesetiaan.
  28. Sifat ego dan bangga diri yang tidak dapat dikawal.
  29. Tabiat membuat pandangan tanpa berdasarkan pengetahuan fakta yang berpatutan.
  30. Kurang wawasan dan imaginasi untuk mengenal pasti peluang yang dikehendaki.
  31. Ketidaksanggupan untuk pergi lebih jauh dalam memberi perkhidmatan.
  32. Tabiat bercakap kasar atau bercakap perkara yang tidak senonoh.
  33. Tabiat menurut hati membuat gosip yang negatif terhadap orang lain.
  34. Sikap tidak sosial terhadap pihak berkuasa kerajaan yang dilantik.
  35. Tidak percaya akan kewujudan Kebijaksanaan Infiniti.
  36. Kurang mendalami ilmu agama bagi menghasilkan natijah yang positif.
  37. Kegagalan untuk memanfaatkan nasihat orang lain yang pengalamannya selalu diperlukan.
  38. Kelalaian dalam membayar hutang peribadi.
  39. Tabiat menipu dan mengubahsuai kebenaran dengan keterlaluan.
  40. Tabiat suka mengkritik walaupun pada masa yang tidak memerlukan kritikan.
  41. Terlalu banyak hutang piutang.
  42. Tamakkan harta benda yang tidak diperlukan.
  43. Kurang keyakinan diri terhadap pertimbangan yang cukup bagi memenuhi objektif pilihan seseorang itu.
  44. Ketagihan arak dan dadah.
  45. Ketagihan rokok, khususnya tabiat merokok tanpa henti.
  46. Tabiat (tidak profesional) bertindak seperti peguam sendiri dalam hubungan dengan perkara kontrak dan undang-undang.
  47. Tabiat melarikan diri daripada keadaan yang tidak menyenangkan daripada menguasai keadaan itu.
  48. Tabiat terlalu banyak berceloteh dan terlalu banyak memasang telinga.
  49. Tabiat menerima bantuan orang lain tanpa memberi balasan terhadap bantuan yang telah diterima.
  50. Niat tidak jujur dalam perniagaan dan profession.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan