Halaman

Ahad, 28 Julai 2013

Jenis-jenis Nafsu

Seperti mana yang kita sedia maklum setiap insan bergelar manusia mempunyai nafsu. Disini saya senaraikan 7 jenis nafsu yang ada dalam diri manusia sebagai ilmu kepada kita semua.

Konsep ini dinilai berdasarkan 7 tingkat (Mustapha, 1998):



1. Nafsu Ammarah

Iman orang awam dan tingkat yang terendah. Pada tingkat ini, jiwa manusia cintakan kemaksiatan dan bencikan kebajikan.

  • Bakhil
  • Tamak harta dunia
  • Panjang angan-angan
  • Sombong dan takbur
  • Berhajatkan kemegahan
  • Ingin menjadi terkenal dan masyhur
  • Hasad dengki
  • Dendak kesumat
  • Khianat dan niat jahat
  • Lalai hatinya dan lain-lain lagi

2. Nafsu Lawwamah

Mula berjinak-jinak dengan kebajikan dan akhlak mulia akan tetapi masih melakukan kemaksiatan walaupun pada skala yang lebih kecil dan mula mengutuk diri jika melakukan kemaksiatan.

  • Sentiasa mengkritik kesalahan diri
  • Selalu berfikir (bertafakur)
  • Kecut hati apabila bersalah
  • Tidak suka kepada kejahatan (dan mengkritiknya)
  • Hairan kepada diri sendiri (ujub)
  • Riyak atau menunjuk-nunjuk
  • Sukakan pujian

3. Nafsu Mulhimah

Semakin tinggi amalan kebajikan, sudah dapat membuang kekotoran dan fikiran kemaksiatan serta mula mendapat ilham kebajikan.

  • Tidak sayangkan harta
  • Bersifat qana'ah iaitu tidak tamak, berasa cukup dengan pemberian Allah
  • Berilmu laduni-mendapat ilham
  • Tawaduk ( rendah diri pada Allah)
  • Taubat yang hakiki
  • Sabar yang hakiki
  • Tahan menanggung kesusahan

4. Nafsu Mutmainnah

Jiwa yang tenang dan tetap, walaupun apa keadaannya, jiwa ini sudah berserah kepada Allah, tidak berubah keimannya dalam keadaan disirami nikmat, dia bersyukur dan tunduk kepada Allah. Apabila diuji dengan kesusahan, beliau sabar dan reda dengan keputusan Allah. Sudah mula bergelar wali kecil.

  • Murah hati dan rajin bersedekah
  • Tawakal hakiki
  • Arif dan bijaksana
  • Kuat beribadat
  • Syukur hakiki
  • Reda terhadap hukum Allah
  • Takwa hakiki

5. Nafsu Radhiah

Pada peringkat ini, manusia tidak takut kepada ujian yang Allah turunkan dan tidak kenal gembira pada limpahan nikmat Allah. Sudah mencapai kejernihan hati, nafsu sudah dipenuhi dengan perasaan keredaan kepada segala keputusan Allah.

  • Zahid
  • Ikhlas
  • Warak
  • Meninggalkan perkara-perkara yang bukan kerjanya
  • Tunai dan tepatkan hukum-hukum Allah

6. Nafsu Mardhiah

Peringkat para wali, segala apa percakapan mereka dan perbuatan mereka diredai Allah. Para sahabat Nabi Muhammad SAW kebanyakannya berada pada peringkat ini sekurang-kurangnya dan digelar radhiAllahu 'anhu. Sudah tentu mereka yang berada di peringkat ini memperlihatkan akhlak mahmudah, penguasaan ke atas nafsu dan peranan yang mantap.

  • Elok dan tinggi budi pekertinya, kesusilaan umpama nabi-nabi
  • Lemah-lembut perangainya dalam pergaulan masyarakat umapama nabi-nabi
  • Sentiasa berselera berdampingan dengan Allah
  • Sentiasa berfikir kebesaran Allah
  • Sentiasa reda dengan pemberian Allah (baik atau buruk)

7. Nafsu Kamil

Nafsu yang sempurna dimiliki oleh para nabi dan rasul.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan