Halaman

Isnin, 22 Julai 2013

AKHLAK USAHAWAN

Seorang usahawan harus mempunyai perilaku dan bersifat dengan sifat-sifat terpuji seperti amanah, jujur, bercakap benar, suka membantu, bertanggungjawab terhadap masyarakat, ikhlas, dan sebagainya. Sifat ini dipanggil sifat mahmudah atau sifat terpuji.

Seorang usahawan yang berjaya sentiasa menjadi idola kepada orang bawahan yang belum berjaya. Beliau ibarat cermin kepada kegemilangan dan kehebatan umat Islam.

Kelemahan peribadi sebagai seorang manusia harus disembunyikan dan berdialoglah dengan Allah s.w.t untuk meminta ampun dan bertaubat atas dosa dan kesilapan itu tetapi apabila berhadapan dengan masyarakat dan orang ramai, seorang usahawan harus membawa imej bersih, yakin, mantap dan berwibawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan