Halaman

Isnin, 29 Julai 2013

Mengapa Bisnes Gagal - Tidak Mengambil Pengajaran Daripada Kesilapan

Semua orang pernah gagal, termasuk jutawan-jutawan yang anda lihat pada hari ini. Gagal sebenarnya bukan bermaksud anda tidak berjaya, tetapi anda hanya belum berjaya. Anda cuma perlu mengannalisis punca yang menyebabkan anda gagal sebelum ini. Jangan membuang masa dengan menyalahkan orang lain. Ketepikan ego anda. Sebaliknya fokus pada penyelesaian masalah.



Jadikan kegagalan lepas sebagai motivasi untuk diri anda. Beza antara orang yang berjaya dan orang yang terus gagal adalah orang itu tidak mengambil pengajaran daripada kegagalannya dan bangun semula.

Sekiranya anda juga pernah gagal dalam bisnes sebelum ini, cuba lakukan langkah berikut supaya bangun semula dan teruskan perjuangan:

  1. Buat rujukan semula berkenaan semua yang berkaitan dengan bisnes anda. Mungkin pada kali pertama anda belum cukup maklumat hendak berjaya. Berkongsi pengalaman dan maklumat dengan mereka yang menceburi bidang yang sama atau mempunyai minat yang serupa.
  2. Cari idea baru cara-cara memperbaiki jualan. Ambil semangat daripada kejayaan mereka yang menukar kegagalan menjadi peluang.
  3. Hubungi pelanggan setia anda. Ketahui apa yang menyebabkan mereka terus berurus niaga dengan anda. Belajar apa yang membuatkan pelanggan puas.
  4. Teliti semula rungutan dan aduan pelanggan. Cuba atasi masalah yang timbul dengan memikirkan alternatif yang sesuai.


Jangan risau apabila anda gagal beberapa kali. Setiap kali anda gagal bermakna anda semakin banyak pengalaman. Setiap kali anda bangun daripada kegagalan juga membuatkan anda menjadi lebih tabah.

Semaikan sikap berani gagal. Anda juga patut mengambil pengajaran daripada kesilapan orang lain. Anda tidak perlu mengulangi kegagalan mereka. Ingatlah, pencegahan lebih baik daripada rawatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan