Halaman

Rabu, 24 Julai 2013

Punca Usahawan Yang Bermasalah ( Bahagian 1)

1. INGKAR

Iaitu ingkar perintah Allah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman. Ini merupakan masalah utama.

2. JAHIL

Jahil maksudnya tidak ada ilmu dalam selok-belok perniagaan, tidak tahu teknik dan kaedah berniaga, tidak mahu belajar, tidak mahu bertanya, tidak mahu berbincang dan tidak mahu mengikuti jejak langkah orang yang telah berjaya dalam perniagaan.

3. BODOH SOMBONG

Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. Bukan sahaja tidak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau apabila orang lain memberi pandangan, dia marah, kecil hati, ambil hati dan sombong. Tidak mahu menerima pandangan orang lain walaupun pandangan itu sangat baik dan bernas tetapi oleh sebab dia ada (kononnya) harga diri atau ego dan sombong, dia enggan dengar.

4. TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU

Ada orang yang sudah mendengar nasihat atau sudah ada ilmu tetapi masih lagi tidak beramal dengan pengetahuan itu. Kalau beramal pun masih tidak istiqamah.

5. MATLAMAT TIDAK MURNI

Ada orang melangkah masuk ke dunia perniagaan dengan hasrat yang tidak murni. Antaranya:
  • Merancang untuk menipu.
  • Membalas dendam kepada pesaing.
  • Membelanjakan modal atau pelaburan yang diamanahkan.
  • Mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
  • Membolot kekayaan sendiri.
  • Mendapat faedah dan manfaat diri sendiri.
  • Menjadikan perniagaan hanya sebagi batu loncatan.
  • Menyalahgunakan kemudahan dan geran daripada kerajaan.
  • Menindas golongan lemah dan teraniaya.


6. MATLAMAT TIDAK JELAS

Ada pula orang yang memasuki dunia perniagaan dengan matlamat yang samar-samar. Dia tidak jelas dengan skop perniagaan yang diperniagakan. Kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang begini selalunya:
  • Berniaga kerana terpaksa
  • Mewarisi perniagaan keluarga, bukan perniagaan sendiri.
  • Membantu perniagaan suami atau isteri separuh hati.
  • Pengurus yang dibayar gaji.
  • Lemah minda dan tidak mampu mengikuti perkembangan perniagaan kontemporari.
  • Tidak mampu membakar semangat diri sendiri.
Bersambung dalam artikel akan datang...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan