Halaman

Khamis, 18 Julai 2013

Hadapi Ketakutan Secara Terus

Cara yang baik bagi mengatasi ketakutan adalah dengan menghadapinya secara berhadapan. Mengelak ataupun menangguhkan perasaan takut itu bukan cara yang baik. Ramai orang berbuat demikian dengan harapan ia hilang dengan sendirinya. Mereka takut mahu melakukan sesuatu. Apa yang terjadi apabila ini dilakukan, ketakutan itu menjadi punca tekanan jiwa, kemurungan dan penyakit psikosomatik, penyakit yang berkaitan dengan tekanan.

   Perasaan takut kerap bergandingan dengan perasaan bimbang. Orang yang takut sekiranya tidak mempunyai pekerjaan, kerap bimbang sekiranya dibuang kerja. Mereka tidak berani membuat keputusan kerana dikhuatiri gagal lalu dipecat daripada organisasi. Mark Twain, penulis terkenal Amerika ada menulis kisah hidupnya, "Banyak perkara yang saya bimbangkan dalam hidup saya, tetapi kebanyakannya tidak pun berlaku."

   Para pengkaji menganggarkan 99 peratus perkara yang dirisaukan tidak berlaku. Perkara malang yang benar-benar berlaku, terjadi terlalu pantas. Kita tidak sempat hendak risaukan perihalnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan