Halaman

Selasa, 23 Julai 2013

9 PERKARA YANG TIDAK DISUKAI PADA ORANG BISNES

Penipu

  • Allah berkata, "Celaka orang yang curang, (iaitu) orang yang apabila menerima timbangan dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menimbang untuk orang lain, mereka kurangi." (Surah al-Muthafifin: 1-3)

Melakukan Riba

  • Allah S.W.T. berkata, "Allah menghalalkan perdagangan dan mengharamkan riba" (Surah al-Baqarah: 275)

Tidak Mesra Pelanggan

  • Nabi Muhammad S.A.W. berkata: "Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menghormati tetamu." (Direkodkan oleh Imam Muslim)

Tidak Berterus Terang

  • Nabi Muhammad S.A.W berkata: "Peniaga yang benar akan berada di bawah naugan Arasy pada hari kiamat." (Direkodkan Oleh Dailami)

Tangguh Pembayaran

  • Nabi Muhammad S.A.W. berkata, "Kurangilah hutang supaya anda hidup merdeka." (Direkodkan oleh Ibnu Munzir)

Tidak Tepati Janji

  • Nabi Muhammad S.A.W menggambarkan antara sifat orang munafik ialah apabila ia berjanji ia mungkiri. (Direkodkan oleh An-Nasaiy)

Tidak Membuat Kebajikan

  • Allah S.W.T. berkata, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Surah al-Maidah: 2)

Monopoli

  • Nabi Muhammad S.A.W. berkata, "Sesiapa yang menyorok (monopoli) makanan orang Islam, nescaya Allah murka dengan menimpakan penyakit kusta dan muflis dalam hidup mereka." (Direkodkan oleh Ahmad)

Harga Tidak Berpatutan

  • Nabi Muhammad S.A.W. berkata. "Sesiapa yang tidak mengasihi ia tidak dikasihi." (Direkodkan oleh Imam Bukhari)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan