Halaman

Ahad, 28 Julai 2013

Apabila Tidak Bersyukur


Hidup orang yang tidak bersyukur sangat sunyi. Walaupun kaya harta, tetapi miskin saudara. Siapakah yang suka bergaul dengan orang yang sombong?

Apabila tidak ada rasa syukur, maka sudah pasti tidak ada rasa qanaah (berpada-pada dengan apa yang ada). Tanpa rasa syukur dan qanaah, manusia sentiasa melihat kekurangan diri, bukan kelebihan.

Orang kaya yang tidak bersyukur akan merasa miskin di tengah-tengah lambakan hartanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sekiranya manusia memiliki dua buah lembah harta sekalipun, nescaya mereka akan mencari lembah yang ketiga. Dan tidak dapat dipenuhi perut manusia melainkan tanah dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat." (Riwayat Ahmad)

Bukan itu sahaja, malah kerakusan itulah yang menyebabkan ada orang kaya terus melakukan rasuah, makan riba dan menipu. Hidup mereka tidak tenang kerana tidak bersyukur. Inilah azab di dunia sebelum tiba azab di neraka. Ya, untuk bersyukur itu sukar tetapi lebih sukar jika kita tidak bersyukur! Tanpa syukur hidup kita akan sukar di dunia dan lebih sukar di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan