Halaman

Selasa, 23 Julai 2013

KONSEP 4P + 2P : APLIKASI DALAM PEMASARAN NABI

Konsep 4P lebih menjurus ke arah bagaimana hendak memasarkan sesuatu produk, manakala tambahan 2P lebih membantu ke arah bisnes perkhidmatan.


Apakah yang dikatakan tentang konsep 4P itu?


Produk (Product)

Produk adalah benda yang boleh ditawarkan di pasaran bagi memenuhi permintaan pengguna. Produk juga adalah kunci kejayaan dalam pemasaran. Sebagai pegawai pemasaran, tiga fasa kajian perlu dilakukan kerana produk adalah satu penyelesaian kepada konsumer:
  1. Menentukan faedah utama produk Core benefits.
  2. Transformasi faedah itu kepada produk sebenar Actual benefit.
  3. Membangunkan produk dengan Nilai Tambah Augmented product.

Promosi (Promotion)

Dalam perniagaan, Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli. Promosi adalah komunikasi pihak penjual dengan pembeli. Beliau juga tegas menyatakan bahawa seorang peniaga perlu menjauhi diri daripada sumpah ataupun janji yang berlebihan dan melampaui batas.
Daripada Abu Hurairah;
    "Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan." (Direkodkan oleh Imam Muslim)

Penetapan Harga (Pricing)

Konsep penetapan harga (pricing) ditetapkan oleh beliau pada 1400 tahun dahulu melalui hadisnya yang terkenal.
Daripada Abdullah bin Umar;
            Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri." (Direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)
Nabi melarang persaingan yang tidak sihat di kalangan peniaga seperti perang harga yang melampau. Namun, beliau menganjurkan persaingan secara sihat dengan mengutamakan kualiti produk dan nilai tambah kepada sesuatu produk. Produk juga adalah kos yang bakal ditanggung oleh pihak pembeli bagi memperoleh manfaatnya.

Pemilihan Lokasi (Place)

Pada masa Nabi Muhammad S.A.W juga wujud pasar-pasar yang menjadi tumpuan pedagang untuk memperniagakan barang-barang dagangan daripada luar Kota Makkah. Beliau juga turut berniaga di pasar-pasar yang terdapat di sekitar kota dan di luar Makkah.

Dalam proses distribusi juga Nabi Muhammad S.A.W. melarang beberapa strategi yang menzalimi petani-petani di kampung dan bakal pelanggan.

Apakah yang dikatakan tentang Konsep 2P?
Konsep 2P merupakan faktor tambahan bagi bisnes yang berasaskan perkhidmatan seperti perkhidmatan gunting rambut, penghantaran surat dan sebagainya.

Proses (Process)

Proses dalam konteks pemasaran perkhidmatan memerlukan kepada usahawan bagi memahami sifat bisnes perkhidmatan itu sendiri:

  1. Perkhidmatan tidak boleh dilihat dan dirasa sebelum dibeli.
  2. Perkhidmatan bergantung kepada siapa, bila, di mana dan bagaimana.
  3. Perkhidmatan tidak dapat diasingkan dengan pemberinya,
  4. Perkhidmatan sama sekali tidak boleh disimpan bagi kegunaan akan datang,


Pekerja (People)

Dalam bisnes perkhidmatan, kepuasan dan kesetiaan pelanggan bergantung sepenuhnya kepada pekerja yang berhadapan secara langsung dengan pelanggan (front-end customer).

Sebagai contoh, perkhidmatan sesebuah institusi perbankan bergantung kepada kemesraan dan layanan pekerja yang berada di kaunter transaksi.


(Sumber: Jejak Bisnes Rasul)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan