Halaman

Rabu, 24 Julai 2013

BERTERUSAN BELAJAR DAN MENGAJAR ORANG DI SEKELILING KITA

Rasulullah s.a.w bersabda:
                "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad." (Hadis Masyhur)





Itulah sebabnya anak yang baru lahir (dalam buaian) diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kiri dengan kalimah membesarkan Allah s.w.t., megesakan Allah, mengaku kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., mengajak menyembah Allah dan mengajak menuju kejayaan.

Proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Proses pembelajaran ini tidak berhenti. Sebab itu kita sentiasa menambah ilmu pengetahuan ketika dewasa sehingga menuju ke usia tua.

Ketika sakaratulmaut, waktu nyawa hendak keluar dari jasad, kita masih lagi diajar untuk mengucap 2 kalimah syahadah. Maknanya proses pembelajaran masih berterusan.

Sehingga apabila kita telah meninggal dunia dan dikebumikan, masih lagi dibaca talkin oleh imam untuk memberi ingatan kepada kita apakah yang akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

Walaupun kita tidak dapat mendengar ketika itu kerana sudah meninggal dunia namun bacaan talkin itu bermanfaat untuk orang yang masih hidup yang menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

Ilmu Allah sangat luas, sebanyak air di lautan. Malah jika ditambah satu lautan lagi, masih tidak dapat mengatasi ilmu Allah itu. Masih banyak ilmu Allah yang belum mampu diterokai oleh manusia. Buktinya, ilmu sains sentiasa giat diterokai dari zaman berzaman hingga kini walaupun banyak penemuan-penemuan baru diperolehi.

Oleh itu, tidak pelik jika modus operandi perniagaan juga turut berubah. Jadi, kita perlu berterusan belajar dan mengajar orang di sekeliling kita. Pelajarilah pelbagai ilmu seperti ilmu ekonomi, ilmu perniagaan, ilmu pelaburan, ilmu perdagangan, ilmu perakaunan, ilmu eksport import, ilmu pemasaran, ilmu pembuatan dan segala macam ilmu yang berkait dengan perniagaan.

Dengan ilmu-ilmu ini boleh menjadi sebab kita mendapat hidayah dan bantuan serta rezeki yang mencurah-curah daripada Allah s.w.t.


(SUMBER: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan