Halaman

Khamis, 18 Julai 2013

Ganjaran Cekal Hati


Sikap cekal hati mempunyai ganjarannya yang tersendiri. Setiap kali berjaya memaksa diri melakukan sesuatu sama ada besar ataupun kecil, kita berasa gembira dengan kejayaan yang dicapai. Apabila melakukan kerja lebih dari yang diharapkan perasaan bangga menjadikan kita lebih gembira, walau tidak diketahui orang lain. Kita dirasakan lebih berkuasa mengawal arah hidup sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Perbezaan besar antara orang yang berjaya dan gagal adalah, orang yang berjaya tidak mengalah. Sementara orang yang gagal, kerap menyerah.
 
Kita dapat meningkatkan kebolehan bercekal hati dengan meyakinkan diri sendiri ia dapat dilakukan. Bercakap dengan diri sendiri, " Saya dapat melakukannya. Saya dapat bertahan bagi terus berusaha." Sebelum memulakan sesuatu kerja, tanamkan dijiwa kebolehan sendiri dengan berkata, " Saya tidak menyerah."
 
Ujian kecekalan hati itu kerap datang dengan tiba-tiba. Hidup kita penuh dengan ujian-ujian kecekalan itu. Apabila berhadapan dengan kesukaran, rintangan, ataupun kegagalan semasa menyelesaikan tugas, itulah sebenarnya ujian kecekalan kita. Ingatkan diri sentiasa, ujian-ujian kecil itu perlu dilalui. Peluang bagi membuktikan diri sendiri kebolehan yang kita miliki. Ia juga peluang bagi orang lain menilai kekuataan peribadi dan kecekalan dalam mencapai kejayaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan