Halaman

Rabu, 24 Julai 2013

Punca Usahawan Yang Bermasalah (Bahagian Akhir)

14. MEMANDAI-MANDAI

Setiap sistem perniagaan mempunyai peraturannya sendiri. Perniagaan juga mempunyai peraturan yang tersendiri. Kita tidak boleh memandai-mandai  membuat percubaan seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli sains zaman dahulu sebelum sesuatu ciptaan ditemui. Sekarang ini semua peraturan dan metodologi bagi sesuatu sistem telah dicatat, dibukukan dan dijadikan modul.

Orang yang terkemudian hanya perlu mengikut jejak-jejak yang telah dirintis oleh orang yang telah mencipta kejayaan tersebut. Enggan mengikut jejak langkah orang yang telah berjaya ini akan mengundang padah. Jalan yang dilalui oleh orang yang telah berjaya telah terbukti berkesan. Mereka telah mengetepikan langkah-langkah yang silap melalui pengalaman.

Orang yang pandai belajar daripada kesilapan sendiri manakala orang yang bijak belajar daripada kesilapan dan pengalaman orang lain. Jadilah orang yang bijak.

15. TIDAK MENDENGAR PANDANGAN PELANGGAN

Dua cogan kata penting yang berkaitan dengan pelanggan ialah:
  • Pelanggan ialah raja.
  • Pelanggan selalunya betul (customer is always right).
Jadi kalau pelanggan itu ibarat raja, sudah tentu kata-katanya wajib diikuti. Kalau pelanggan selalu betul pun sudah tentu kita patut menerima kata-kata yang betul.

Kekuataan peniaga dan usahawan bergantung kepada pelanggan. Rungutan pelanggan hendaklah dikumpul dan diselesaikan seawal mungkin. Pelanggan yang selesa dan berpuas hati akan mengulangi permintaan.

16. TINDAKAN SUSULAN LEMAH

Sebelum close deal
Ada urusan perniagaan yang sulit dan memakan masa yang panjang untuk close deal. Dalam hal ini tindakan susulan amat penting sehingga urus niaga berjaya. Jika tindakan susulan lemah, urus niaga akan gagal.

Susulan selepas perkhimatan diberi
Tindakan after sales service merupakan penyambung urusan perniagaan dengan peluang atau permintaan berikutnya. Purata kita dikhendaki menghubungi pelanggan lama 4 atau 5 kali untuk mendapatkan peluang perniagaan baru. Kalau tindakan susulan kita lemah, peluang untuk mendapatkan perniagaan baru amat tipis.

17. PENAMPILAN DIRI KURANG KARISMATIK

Karisma ialah kualiti pada diri seseorang individu seperti daya kepimpinan, daya penarik atau sifat-sifat tertentu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai. Sebagai seorang usahawan, kita hendaklah menjual diri kita sebelum kita menjual barangan.

18. GAGAL MENARIK HIDAYAH ALLAH S.W.T.

Hidayah Allah s.w.t adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Tugas kita hanya meminta daripada-Nya. Terpulanglah kepada Allah s.w.t. untuk memakbulkannya. Terpulanglah kepada Allah s.w.t. untuk memakbulkannya. Jika kita gagal mendapat hidayah Allah s.w.t. bermakna ada kesalahan yang kita lakukan menyebabkan Allah jauh dengan kita. Muhasabahlah diri dan baiki diri. Insya-Allah pertolongan Allah akan datang dengan segera.

19. TIDAK BERDISIPLIN

Apabila kita bekerja sendiri, tiada sesiapa yang mengawal pengerakan kita. Jadi kita harus memiliki disiplin diri yang tinggi untuk berjaya.

20. TIDAK MENGHORMATI PELANGGAN

Persaingan yang pesat dalam dunia perniagaan membuatkan pelanggan mempunyai pilihan yang banyak untuk mendapatkan khidmat yang terbaik. Sikap tidak menghormati pelanggan akan merugikan anda.

21. TIDAK MENGAMALKAN PETUA-PETUA MURAH REZEKI

Petua murah rezeki yang diambil daripada al-Quran, hadis dan pengalaman orang soleh seharusnya menjadi panduan kita di samping ilmu-ilmu kontemporari tentang perniagaan. Seperti doa, petua ibarat senjata sulit yang dapat membantu pada saat-saat kesusahan. Lebih-lebih lagi jika petua diamalkan ketika lapang, ia akan menjadi darah daging.


(SUMBER: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan