Halaman

Selasa, 30 Julai 2013

Mengapa Bisnes Gagal - Tiada Pelan Jangka Panjang


Salah satu langkah yang perlu diambil apabila anda mula berniaga adalah menulis pelan bisnes anda.

Terdapa beberapa sebab mengapa perlu anda membuat atau menulis pelan bisnes anda terlebih dahulu. Pelan bisnes berfungsi sebagai:

  1. Panduan dalam membuat keputusan bisnes anda.
  2. Cara berkomunikasi dengan pekerja, pelanggan dan rakan niaga.
  3. Kertas kerja bagi mendapatkan pinjaman wang.

Pelan jangka panjang yang baik, mampu diukur dengan mengambil kira kekuataan sumber manusia, status kewangan syarikat dan jenis perniagaan.

Adalah lebih baik anda membuat sedikit kajian menerusi buku dan internet sebelum menulis pelan bisnes anda. Dapatkan juga pandangan daripada mereka yang arif.

Konsep dalam pelan anda perlu diterjemahkan kepada terma kewangan yang dapat diukur. Peminjam semestinya ingin tahu jumlah anggaran kos menguruskan syarikat dan jumlah anggaran pulangan supaya mudah mereka menganggarkan beberapa jumlah yang patut diberi pinjaman.

Pelan jangka panjang anda perlu memberi perhatian khusus pada aspek pemasaran. Pertama sekali, tentukan matlamat pemasaran. Kemudian, buat kajian pasaran yang merangkumi sasaran pasaran, corak pasaran dan persaingan. Akhir sekali, sediakan pelan pemasaran. Sertakan pendekatan dalam promosi, jualan, pengiklanan, khidmat pelanggan dan networking.

Kesilapan yang biasa dibuat semasa menulis pelan jangka panjang adalah tidak realistik semasa membuat anggaran. Anggaran hasil lebih banyak dan anggaran perbelanjaan terlalu kurang. Fokuskan sasaran pelanggan kepada satu persekitaran yang realistik. Buat anggaran kos perbelanjaan dan hasil pendapatan berdasarkan persekitaran itu.

Sebolehnya cuba sertakan aliran wang tunai selama satu tahun pertama. Mengapakah aliran wang tunai penting kepada peniaga? Aliran wang tunai penting bagi seseorang usahawan kerana wang tunai digunakan bagi membayar pembekal, membayar gaji pekerja, membayar balik pinjaman dan membuat pelaburan dalam bisnes. Pengerakan aliran wang tunai penting diuruskan dengan baik.

Kebanyakan usahawan baru tidak menghiraukan elemen aliran wang tunai ini. Aliran wang tunai adalah perkara utama yang perlu diuruskan oleh usahawan-usahawan baru kerana mereka masih kurang pengalaman dalam bidang ini. Tentukan bila masanya pendapatan menyamai kos perbelanjaan. Ini adalah titik perniagaan anda bagi mendapatkan pulangan modal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan