Halaman

Rabu, 24 Julai 2013

Punca Usahawan Bermasalah (Bahagian 2)

7. KURANG ILMU

Antara ilmu yang perlu dilengkapi pada diri seseorang usahawan ialah:
  • Ilmu tentang perniagaan.
  • Ilmu tentang kemanusiaan (people skill).
  • Ilmu tentang kehidupan (acquired knowledge).
  • Ilmu tentang keakhiratan (revealed knowledge).
Ilmu perniagaan sendiri sentiasa berkembang dan berubah mengikut iklim dunia perdagangan, telekomunikasi, teknologi, globalisasi dan tamadun manusia. Bagi umat Islam, aktiviti perniagaan hanyalah jambatan yang merentasi alam maya ini untuk menuju ke alam akhirat.

8. SILAP KAWAN

Ramai usahawan terjerumus ke alam kegagalan kerana kawan. Sepatutnya kawan menyokong usaha kita jika tidak pun membantu. Tetapi jika sokong pun tidak, malah menjatuhkan kita maka bolehlah dikatakan:
"Harapkan sokong, sokong membawa rebah."

Oleh sebab itu, menentukan lingkungan kawan (circle of friends) sangat mustahak. Kawan yang tidak membantu boleh membantutkan usaha anda.

9. JIWA RAPUH

Jiwa yang rapuh mudah patah semangat.

SEBAB JIWA RAPUH
  • Penyakit kronik.
  • Tekanan.
  • Tiada sokongan ahli keluarga terdekat.
  • Hilang keyakinan diri.
  • Perniagaan merosot.
  • Kehilangan orang yang disayangi.

10. NAK CEPAT KAYA

Berapa ramai orang usahawan yang mengeluarkan simpanan mereka, malah ada yang mengeluarkan wang KWSP untuk melabur dengan skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelbagai nama dan akhirnya kerugian besar.

11. ADA SIFAT IRI HATI

Sifat iri hati ialah sifat mazmumah yang merosakkan diri sendiri. Iri hati boleh menyebabkan persaingan yang tidak sihat, berlaku boikot memboikot, mengadu domba, black mail, berpuak-puak dan tidak bersatu hati.

12. SIFAT MALAS

Malas ialah seperti sifat ular. Apabila dapat makanan, dia akan tidur hingga perutnya lapar semula. Sifat malas berpunca daripada malasnya minda berfikir dan bekerja keras.

13. KURANG BERUSAHA

Kurang usaha disebabkan oleh kurang gesaan, cabaran dan motivasi diri. Matlamat kurang jelas juga menyebabkan kurang usaha. Orang yang berjaya sentiasa meningkatkan usaha. Antara sebab orang yang kurang usaha ialah:
  • Selesa dengan apa yang ada.
  • Menganggap diri sudah berada di dalam zon selamat (comfort zone).
  • Tidak ada tanggungan seperti isteri dan anak-anak.
  • Putus harap.
  • Faktor usia.
  • Faktor kesihatan.

Bersambung dalam artikel akan datang...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan