Halaman

Isnin, 29 Julai 2013

Mengapa Bisnes Gagal - Tidak Kenal Dunia Bisnes

Ramai yang terjun ke dalam bisnes tanpa bekalan yang secukupnya dan akhirnya mendapati dunia bisnes bukanlah semudah yang disangka.



Dalam dunia bisnes yang bergerak pantas hari ini, anda tidak boleh lagi menggunakan alasan 'tiada masa' bagi mempertingkatkan pengetahuan. Anda perlu tahu ilmu pengurusan terkini, pengetahuan produk terkini dan kemahiran teknikal yang terkini. Kejayaan bisnes jangka panjang memerlukan anda menimba ilmu sepanjang masa supaya hari ini jadi lebih baik daripada semalam. Hari esok pula lebih baik daripada hari ini.

Daftarlah bagi mengikuti bengkel atau seminar berkaitan bisnes yang ingin diceburi dan langganlah majalah-majalah bisnes.

Mempelajari ilmu keusahawanan bukan sahaja berguna untuk diri sendiri tetapi juga berguna apabila anda sudah mempunyai pekerja sendiri.

Keadaan yang sama juga berlaku apabila anda berhadapan dengan pelanggan. Pelanggan kini adalah pengguna yang celik. Maka, anda juga perlu jadi penjual yang celik.

Apabila anda tidak tahu suatu perkara berkenaan bisnes yang anda ingin diceburi, anda perlu bertanya. Jangan malu hendak bertanya. Kadangkala, dengan bertanya satu soalan sahaja anda boleh mendapat banyak pengetahuan. Usahawan yang berjaya biasanya tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman.

Artikel-artikel berkaitan keusahawanan dalam internet juga boleh memperkayakan pengetahuan anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan