Halaman

Selasa, 23 Julai 2013

7 LANGKAH EFEKTIF MENGURUS RISIKO


1. Kenali risiko anda

Kita perlu proaktif dengan menjadi 'Pencari masalah' (Problem Seeker) dalam setiap bisnes yang kita jalankan. Tindakan ini akan memudahkan kita membantu bagi melaksanakan polisi yang tepat.


2. Kaji impaknya

Pastikan kita benar-benar memahami sebab dan musabab (cause and effect)
terhadap sesuatu risiko. Tindakan yang tepat perlu bergantung kepada punca yang sebenar. Sebagai contoh, para doktor cuba bagi mencari simptom-simptom sesuatu penyakit sebelum memberikan ubat yang sesuai.

3. Lakarkan risiko berdasarkan prioriti

Selepas mengkaji keseluruhan risiko yang bakal dihadapi, bahagikan risiko itu berdasarkan keutamaan iaitu daripada risiko yang besar kepada yang kecil impaknya.

4. Rekod dan dokumentasi risiko

Rekod risiko sebagai rujukan pada masa depan. Dokumentasi amat penting sebagai bukti dan informasi sekiranya perkara yang sama berlaku.

5. Nilai risiko

Selepas direkod, nilai kembali risiko-risiko itu sama ada perlu diterima atau diabaikan. Langkah ini penting bagi memfokuskan pihak pengurusan kepada objektif tertentu.

6. Rancang tindakan

Pelan tindakan yang holistik perlu dirancang secara kolektif bagi menghadapi risiko yang bakal terjadi. Pelan tindakan itu perlu dijadikan panduan khusus bagi semua pihak yang terlibat.

7. Laporkan prestasi

Setiap prestasi kepada tindakan yang ditetapkan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan sebagai salah satu proses pemantauan bottom-up.

(Sumber; CMA Business Talk: The Star)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan