Halaman

Isnin, 29 Julai 2013

Mengapa Bisnes Gagal - Tidak Mengenal Potensi Diri

Pernahkah anda bertemu dengan peniaga yang asyik mengeluh dengan bisnesnya?



Ramai orang yang gagal dalam bisnes bukan kerana mereka tidak pandai berniaga, tetapi mereka salah memilih jenis bisnes yang sesuai dengan personaliti mereka.

Kajian mengatakan, usahawan-usahawan yang berjaya dengan cemerlang mempunyai personaliti yang sama. Personaliti mereka yang sama itu didapati dapat mengatasi persamaan yang terdapat pada latar belakang akademik, pangalaman ataupun kepakaran mereka. Dengan kata lain, jenis personaliti seseorang adalah faktor penting bagi menentukan kejayaan dalam bidang bisnes.

Kajian juga mendapati ramai usahawan yang berjaya dalam bisnes memiliki tiga ciri berikut:


  1. Mereka adalah pemimpin yang semula jadi. Anda tidak mungkin memimpin orang lain sekiranya anda tidak dapat memimpin diri sendiri terlebih dahulu.
  2. Mereka mampu bekerja dengan baik walaupun dalam keadaan tertekan. Mereka yang berjaya mampu mengawal emosi semasa dilanda masalah dan tekanan. Dengan mengawal emosi, mereka mengawal keadaan.
  3. Mereka adalah penyelesai masalah yang hebat. Orang yang berjaya dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang paling kreatif dan berkesan.


Kunci mencipta kejayaan sebagaimana mereka yang berjaya sebagai usahawan adalah memilih peluang yang sesuai dengan personaliti masing-masing. Personaliti anda menentukan jenis perniagaan yang sesuai untuk anda ceburi. Orang berada di sekeliling anda juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan bisnes anda itu. Jadikan individu yang mendampingi anda sebagai pembantu bagi mencipta kejayaan anda.

Rancang bisnes anda terlebih dahulu. Pilih jenis bisnes yang benar-benar sesuai dengan diri anda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan