Halaman

Memaparkan catatan dengan label Pembangunan diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pembangunan diri. Papar semua catatan

Ahad, 18 Ogos 2013

Ringkasan Kecerdasan Emosi (EQ) dalam Komunikasi

Emosi yang tinggi membantu individu mengatasi gangguan komunikasi dengan baik, menjadikan persepsi lebih tepat, meningkatkan daya cerapan, meningkatkan kemahiran bukan lisan serta meningkatkan interaksi interpersonal. Berikut adalah sifat individu yang tinggi EQ sewaktu menjalankan komunikasi:

  • Sentiasa tersenyum, ceria dan menyenangkan orang lain.
  • Pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan dan tempat.
  • Mempunyai penampilan yang menarik dan bersesuaian.
  • Berpengetahuan tinggi tentang apa yang dicakapkan, untuk siapa, apa tujuan dan sebagainya.
  • Pertuturan lemah lembut dan bersopan.
  • Menjauhkan diri daripada fitnah, gosip, atau mengata orang lain.
  • Tidak agresif dalam tindakan.
  • Bijak mengawal emosi.
  • Tidak menengking, marah-marah atau kasar.
  • Tidak prejudis dan bersangka buruk.
  • Tidak terlalu pesimis dan berfikiran negatif.
  • Tidak kelam kabut atau merasa tidak tenteram.
  • Tidak sombong, meninggi diri atau berlagak pandai.
  • Saling hormat-menghormati.
  • Tidak merendah-rendahkan orang lain.
  • Tidak berhasad dengki atau berdendam.
  • Pendengar yang baik.
  • Bijak menggunakan bahasa badan dan bersesuaian.
  • Selalu tenang dan yakin.
  • Berdoa.

Rabu, 14 Ogos 2013

Kesan Mendidik Anak Menjadi Ala Kadar


  • Malu hendak mengakui kehebatan diri.
  • Tidak yakin dengan kebolehan diri.
  • Lambat mengenal pasti kemahiran dan kebolehan diri.
  • Anak tidak mampu menerobos sempadan diri.
  • Tidak mahu bergaul dengan orang lain.

12 Penghalang Kemajuan Diri

  • Ingkar perintah Allah s.w.t.
Ingkar perintah Tuhan, pokok pangkal terbinanya sempadan yang menghalang kejayaan, bukan sahaja di dunia malah di akhirat jua.

  • Kesan mendidik anak ala kadar.
Didikan untuk menjadi seseorang manusia yang ala kadar menjadi faktor diri tidak hebat.

  • Takut dikritik.
Orang yang cemerlang adalah orang yang bersyukur apabila dikritik atau ditegur.

  • Takut gagal.
Takut gagal antara faktor terbesar rahsia diri tidak tercungkil.

  • Matlamat kabur.
Seseorang yang kabur matlamat hidupnya tidak akan mampu melangkah dari tangga ke tangga yang seterusnya.

  • Jahil
Orang yang jahil banyak perkara, tidak mampu menerobos sempadan diri.

  • Kekurangan sumber.
Kadangkala sumber yang diperlukan untuk membasmi kejahilan itu kurang dan ia sebenarnya menyekat peningkatan kendiri individu.

  • Bodoh sombong.
Orang bodoh sombong tidak akan mampu mencipta kecermalangan diri.

  • Pentingkan diri sendiri.
Orang yang mementingkan diri sendiri sebenarnya mendatangkan kerugian kepada diri.

  • Mudah patah semangat.
Orang yang mempunyai aras ketahanan diri yang rendah sentiasa gagal dalam urusan.

  • Tergesa-gesa mahukan hasil.
Tergesa-gesa adalah sikap syaitan manakala tenang dan positif adalah ajaran Islam.

  • Kurang berdoa.
Doa merupakan cara terus untuk memohon hajat kepada Allah Yang maha Kaya.

Ahad, 11 Ogos 2013

Al-Ghaniyy ( Yang Maha Kaya )

" Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji " - Surah Luqman: Ayat 26 -

Allah itu Maha Kaya dan mencukupkan keperluan dirinya sendiri. Zat dan sifatnya tidak memiliki hubungan dengan sesuatu apa pun yang lain. Allah tidak memerlukan apa-apa pun dan tidak perlu mencari. Kekayaannya tidak ada hubungannya dengan yang lain, bahkan semua yang lain bergantung padanya. Allah berkata " Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang memelukannya. " ( Muhammad, ayat 38 )

Oleh itu, Allah sebagaimana yang dikemukakan dalam Hadis Qudsi, berasa hairan dengan manusia yang menerima limpahan kekayaannya tetapi berterima kasih pada yang lain. Sepatutnya, apabila seseorang diberikan kekayaan, rasa syukurnya pada Allah semakin banyak.

Orang yang bersyukur pada Allah yakin dengan janji Allah den bersedia membantu orang-orang miskin yang kelaparan, meyekolahkan anak-anak miskin dan anak-anak yatim. Dia tidak pernah khuatir kekayaannya berkurangan kerana diberikan pada orang lain, malah dia menggunakan kesempatan menggunakan kekayaan bagi beramal sebanyak-banyaknya, selari dengan janji Allah:

 "Jika kamu khuatir menjadi miskin, maka Allah nanti memberikan kekayaan padamu dan kurniaannya, apabila dia mengkhendaki." - at-Taubah, ayat 28 -

 "Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan." - an-Najm, ayat 48 -

Menurut al-Qusyairi, iman adalah khazanah kekayaan Allah. Orang yang beriman adalah orang yang kaya di antara manusia, kerana orang seperti itu mengetahui tidak ada keperluan dari sesiapa pun kecuali Allah, zat yang benar-benar Maha Kaya.


Isnin, 5 Ogos 2013

Rahsia Kekayaan, Kejayaan, Dan Kebahagian




Tahukah anda 96% kekayaan dalam dunia ini dimiliki oleh 1% golongan manusia sahaja? Ini adaloah fakta yang mengejutkan kita. Apa yang penting, pasti ada sebab mengapa ia berlaku.

 Berdasarkan kajian, golongan 1% sentiasa bersikap positif dengan apa sahaja yang mereka hadapi. Pada saat manusia lain melihat musibah sebagai suatu penderitaan, mereka melihat musibah sebagai pemangkin yang menyebabkan mereka lebih tabah dan cekal. Pada saat orang lain melihat kerja yang tidak menjadi sebagai gagal, mereka melihat sebagai pelajaran yang membimbing mereka pada masa hadapan.

 Bukankah semua ini adalah sikap bersangka baik?

 Sikap bersangka baik membantu kita berjaya dalam hidup. Bersangka baik menjadikan kita positif dan bertenaga. Bersifat positif menjadi magnet bagi manusia menarik kekayaan dan kejayaan dalam hidupnya.

 Bersangka buruk menyebabkan kehidupan manusia sentiasa tertarik kepada keburukan dan kegagalan.

 Oleh sebab minda kita sentiasa menarik apa yang difokuskan, kita perlu bersikap positif bagi berjaya dalam hidup. Semua manusia inginkan kebaikan dalam hidup, dan kebaikan itu perlu dicipta dalam minda dan hati sebelum direalisasikan di alam nyata.

 Kita berpotensi menjadi jutawan sekiranya kita rajin belajar, bersikap terbuka, gigih mengamalkan ilmu yang ada, dan sentiasa bergantung penuh pada Allah s.w.t.

Isnin, 29 Julai 2013

Mengapa Bisnes Gagal - Tidak Mengenal Potensi Diri

Pernahkah anda bertemu dengan peniaga yang asyik mengeluh dengan bisnesnya?



Ramai orang yang gagal dalam bisnes bukan kerana mereka tidak pandai berniaga, tetapi mereka salah memilih jenis bisnes yang sesuai dengan personaliti mereka.

Kajian mengatakan, usahawan-usahawan yang berjaya dengan cemerlang mempunyai personaliti yang sama. Personaliti mereka yang sama itu didapati dapat mengatasi persamaan yang terdapat pada latar belakang akademik, pangalaman ataupun kepakaran mereka. Dengan kata lain, jenis personaliti seseorang adalah faktor penting bagi menentukan kejayaan dalam bidang bisnes.

Kajian juga mendapati ramai usahawan yang berjaya dalam bisnes memiliki tiga ciri berikut:


  1. Mereka adalah pemimpin yang semula jadi. Anda tidak mungkin memimpin orang lain sekiranya anda tidak dapat memimpin diri sendiri terlebih dahulu.
  2. Mereka mampu bekerja dengan baik walaupun dalam keadaan tertekan. Mereka yang berjaya mampu mengawal emosi semasa dilanda masalah dan tekanan. Dengan mengawal emosi, mereka mengawal keadaan.
  3. Mereka adalah penyelesai masalah yang hebat. Orang yang berjaya dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang paling kreatif dan berkesan.


Kunci mencipta kejayaan sebagaimana mereka yang berjaya sebagai usahawan adalah memilih peluang yang sesuai dengan personaliti masing-masing. Personaliti anda menentukan jenis perniagaan yang sesuai untuk anda ceburi. Orang berada di sekeliling anda juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan bisnes anda itu. Jadikan individu yang mendampingi anda sebagai pembantu bagi mencipta kejayaan anda.

Rancang bisnes anda terlebih dahulu. Pilih jenis bisnes yang benar-benar sesuai dengan diri anda.


Ahad, 28 Julai 2013

Jenis-jenis Nafsu

Seperti mana yang kita sedia maklum setiap insan bergelar manusia mempunyai nafsu. Disini saya senaraikan 7 jenis nafsu yang ada dalam diri manusia sebagai ilmu kepada kita semua.

Konsep ini dinilai berdasarkan 7 tingkat (Mustapha, 1998):



1. Nafsu Ammarah

Iman orang awam dan tingkat yang terendah. Pada tingkat ini, jiwa manusia cintakan kemaksiatan dan bencikan kebajikan.

  • Bakhil
  • Tamak harta dunia
  • Panjang angan-angan
  • Sombong dan takbur
  • Berhajatkan kemegahan
  • Ingin menjadi terkenal dan masyhur
  • Hasad dengki
  • Dendak kesumat
  • Khianat dan niat jahat
  • Lalai hatinya dan lain-lain lagi

2. Nafsu Lawwamah

Mula berjinak-jinak dengan kebajikan dan akhlak mulia akan tetapi masih melakukan kemaksiatan walaupun pada skala yang lebih kecil dan mula mengutuk diri jika melakukan kemaksiatan.

  • Sentiasa mengkritik kesalahan diri
  • Selalu berfikir (bertafakur)
  • Kecut hati apabila bersalah
  • Tidak suka kepada kejahatan (dan mengkritiknya)
  • Hairan kepada diri sendiri (ujub)
  • Riyak atau menunjuk-nunjuk
  • Sukakan pujian

3. Nafsu Mulhimah

Semakin tinggi amalan kebajikan, sudah dapat membuang kekotoran dan fikiran kemaksiatan serta mula mendapat ilham kebajikan.

  • Tidak sayangkan harta
  • Bersifat qana'ah iaitu tidak tamak, berasa cukup dengan pemberian Allah
  • Berilmu laduni-mendapat ilham
  • Tawaduk ( rendah diri pada Allah)
  • Taubat yang hakiki
  • Sabar yang hakiki
  • Tahan menanggung kesusahan

4. Nafsu Mutmainnah

Jiwa yang tenang dan tetap, walaupun apa keadaannya, jiwa ini sudah berserah kepada Allah, tidak berubah keimannya dalam keadaan disirami nikmat, dia bersyukur dan tunduk kepada Allah. Apabila diuji dengan kesusahan, beliau sabar dan reda dengan keputusan Allah. Sudah mula bergelar wali kecil.

  • Murah hati dan rajin bersedekah
  • Tawakal hakiki
  • Arif dan bijaksana
  • Kuat beribadat
  • Syukur hakiki
  • Reda terhadap hukum Allah
  • Takwa hakiki

5. Nafsu Radhiah

Pada peringkat ini, manusia tidak takut kepada ujian yang Allah turunkan dan tidak kenal gembira pada limpahan nikmat Allah. Sudah mencapai kejernihan hati, nafsu sudah dipenuhi dengan perasaan keredaan kepada segala keputusan Allah.

  • Zahid
  • Ikhlas
  • Warak
  • Meninggalkan perkara-perkara yang bukan kerjanya
  • Tunai dan tepatkan hukum-hukum Allah

6. Nafsu Mardhiah

Peringkat para wali, segala apa percakapan mereka dan perbuatan mereka diredai Allah. Para sahabat Nabi Muhammad SAW kebanyakannya berada pada peringkat ini sekurang-kurangnya dan digelar radhiAllahu 'anhu. Sudah tentu mereka yang berada di peringkat ini memperlihatkan akhlak mahmudah, penguasaan ke atas nafsu dan peranan yang mantap.

  • Elok dan tinggi budi pekertinya, kesusilaan umpama nabi-nabi
  • Lemah-lembut perangainya dalam pergaulan masyarakat umapama nabi-nabi
  • Sentiasa berselera berdampingan dengan Allah
  • Sentiasa berfikir kebesaran Allah
  • Sentiasa reda dengan pemberian Allah (baik atau buruk)

7. Nafsu Kamil

Nafsu yang sempurna dimiliki oleh para nabi dan rasul.


Rabu, 24 Julai 2013

Punca Usahawan Yang Bermasalah (Bahagian Akhir)

14. MEMANDAI-MANDAI

Setiap sistem perniagaan mempunyai peraturannya sendiri. Perniagaan juga mempunyai peraturan yang tersendiri. Kita tidak boleh memandai-mandai  membuat percubaan seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli sains zaman dahulu sebelum sesuatu ciptaan ditemui. Sekarang ini semua peraturan dan metodologi bagi sesuatu sistem telah dicatat, dibukukan dan dijadikan modul.

Orang yang terkemudian hanya perlu mengikut jejak-jejak yang telah dirintis oleh orang yang telah mencipta kejayaan tersebut. Enggan mengikut jejak langkah orang yang telah berjaya ini akan mengundang padah. Jalan yang dilalui oleh orang yang telah berjaya telah terbukti berkesan. Mereka telah mengetepikan langkah-langkah yang silap melalui pengalaman.

Orang yang pandai belajar daripada kesilapan sendiri manakala orang yang bijak belajar daripada kesilapan dan pengalaman orang lain. Jadilah orang yang bijak.

15. TIDAK MENDENGAR PANDANGAN PELANGGAN

Dua cogan kata penting yang berkaitan dengan pelanggan ialah:
  • Pelanggan ialah raja.
  • Pelanggan selalunya betul (customer is always right).
Jadi kalau pelanggan itu ibarat raja, sudah tentu kata-katanya wajib diikuti. Kalau pelanggan selalu betul pun sudah tentu kita patut menerima kata-kata yang betul.

Kekuataan peniaga dan usahawan bergantung kepada pelanggan. Rungutan pelanggan hendaklah dikumpul dan diselesaikan seawal mungkin. Pelanggan yang selesa dan berpuas hati akan mengulangi permintaan.

16. TINDAKAN SUSULAN LEMAH

Sebelum close deal
Ada urusan perniagaan yang sulit dan memakan masa yang panjang untuk close deal. Dalam hal ini tindakan susulan amat penting sehingga urus niaga berjaya. Jika tindakan susulan lemah, urus niaga akan gagal.

Susulan selepas perkhimatan diberi
Tindakan after sales service merupakan penyambung urusan perniagaan dengan peluang atau permintaan berikutnya. Purata kita dikhendaki menghubungi pelanggan lama 4 atau 5 kali untuk mendapatkan peluang perniagaan baru. Kalau tindakan susulan kita lemah, peluang untuk mendapatkan perniagaan baru amat tipis.

17. PENAMPILAN DIRI KURANG KARISMATIK

Karisma ialah kualiti pada diri seseorang individu seperti daya kepimpinan, daya penarik atau sifat-sifat tertentu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai. Sebagai seorang usahawan, kita hendaklah menjual diri kita sebelum kita menjual barangan.

18. GAGAL MENARIK HIDAYAH ALLAH S.W.T.

Hidayah Allah s.w.t adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Tugas kita hanya meminta daripada-Nya. Terpulanglah kepada Allah s.w.t. untuk memakbulkannya. Terpulanglah kepada Allah s.w.t. untuk memakbulkannya. Jika kita gagal mendapat hidayah Allah s.w.t. bermakna ada kesalahan yang kita lakukan menyebabkan Allah jauh dengan kita. Muhasabahlah diri dan baiki diri. Insya-Allah pertolongan Allah akan datang dengan segera.

19. TIDAK BERDISIPLIN

Apabila kita bekerja sendiri, tiada sesiapa yang mengawal pengerakan kita. Jadi kita harus memiliki disiplin diri yang tinggi untuk berjaya.

20. TIDAK MENGHORMATI PELANGGAN

Persaingan yang pesat dalam dunia perniagaan membuatkan pelanggan mempunyai pilihan yang banyak untuk mendapatkan khidmat yang terbaik. Sikap tidak menghormati pelanggan akan merugikan anda.

21. TIDAK MENGAMALKAN PETUA-PETUA MURAH REZEKI

Petua murah rezeki yang diambil daripada al-Quran, hadis dan pengalaman orang soleh seharusnya menjadi panduan kita di samping ilmu-ilmu kontemporari tentang perniagaan. Seperti doa, petua ibarat senjata sulit yang dapat membantu pada saat-saat kesusahan. Lebih-lebih lagi jika petua diamalkan ketika lapang, ia akan menjadi darah daging.


(SUMBER: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG)


Punca Usahawan Yang Bermasalah ( Bahagian 1)

1. INGKAR

Iaitu ingkar perintah Allah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman. Ini merupakan masalah utama.

2. JAHIL

Jahil maksudnya tidak ada ilmu dalam selok-belok perniagaan, tidak tahu teknik dan kaedah berniaga, tidak mahu belajar, tidak mahu bertanya, tidak mahu berbincang dan tidak mahu mengikuti jejak langkah orang yang telah berjaya dalam perniagaan.

3. BODOH SOMBONG

Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. Bukan sahaja tidak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau apabila orang lain memberi pandangan, dia marah, kecil hati, ambil hati dan sombong. Tidak mahu menerima pandangan orang lain walaupun pandangan itu sangat baik dan bernas tetapi oleh sebab dia ada (kononnya) harga diri atau ego dan sombong, dia enggan dengar.

4. TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU

Ada orang yang sudah mendengar nasihat atau sudah ada ilmu tetapi masih lagi tidak beramal dengan pengetahuan itu. Kalau beramal pun masih tidak istiqamah.

5. MATLAMAT TIDAK MURNI

Ada orang melangkah masuk ke dunia perniagaan dengan hasrat yang tidak murni. Antaranya:
  • Merancang untuk menipu.
  • Membalas dendam kepada pesaing.
  • Membelanjakan modal atau pelaburan yang diamanahkan.
  • Mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
  • Membolot kekayaan sendiri.
  • Mendapat faedah dan manfaat diri sendiri.
  • Menjadikan perniagaan hanya sebagi batu loncatan.
  • Menyalahgunakan kemudahan dan geran daripada kerajaan.
  • Menindas golongan lemah dan teraniaya.


6. MATLAMAT TIDAK JELAS

Ada pula orang yang memasuki dunia perniagaan dengan matlamat yang samar-samar. Dia tidak jelas dengan skop perniagaan yang diperniagakan. Kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang begini selalunya:
  • Berniaga kerana terpaksa
  • Mewarisi perniagaan keluarga, bukan perniagaan sendiri.
  • Membantu perniagaan suami atau isteri separuh hati.
  • Pengurus yang dibayar gaji.
  • Lemah minda dan tidak mampu mengikuti perkembangan perniagaan kontemporari.
  • Tidak mampu membakar semangat diri sendiri.
Bersambung dalam artikel akan datang...



BERTERUSAN BELAJAR DAN MENGAJAR ORANG DI SEKELILING KITA

Rasulullah s.a.w bersabda:
                "Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad." (Hadis Masyhur)





Itulah sebabnya anak yang baru lahir (dalam buaian) diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kiri dengan kalimah membesarkan Allah s.w.t., megesakan Allah, mengaku kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., mengajak menyembah Allah dan mengajak menuju kejayaan.

Proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Proses pembelajaran ini tidak berhenti. Sebab itu kita sentiasa menambah ilmu pengetahuan ketika dewasa sehingga menuju ke usia tua.

Ketika sakaratulmaut, waktu nyawa hendak keluar dari jasad, kita masih lagi diajar untuk mengucap 2 kalimah syahadah. Maknanya proses pembelajaran masih berterusan.

Sehingga apabila kita telah meninggal dunia dan dikebumikan, masih lagi dibaca talkin oleh imam untuk memberi ingatan kepada kita apakah yang akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.

Walaupun kita tidak dapat mendengar ketika itu kerana sudah meninggal dunia namun bacaan talkin itu bermanfaat untuk orang yang masih hidup yang menghantar jenazah ke tanah perkuburan.

Ilmu Allah sangat luas, sebanyak air di lautan. Malah jika ditambah satu lautan lagi, masih tidak dapat mengatasi ilmu Allah itu. Masih banyak ilmu Allah yang belum mampu diterokai oleh manusia. Buktinya, ilmu sains sentiasa giat diterokai dari zaman berzaman hingga kini walaupun banyak penemuan-penemuan baru diperolehi.

Oleh itu, tidak pelik jika modus operandi perniagaan juga turut berubah. Jadi, kita perlu berterusan belajar dan mengajar orang di sekeliling kita. Pelajarilah pelbagai ilmu seperti ilmu ekonomi, ilmu perniagaan, ilmu pelaburan, ilmu perdagangan, ilmu perakaunan, ilmu eksport import, ilmu pemasaran, ilmu pembuatan dan segala macam ilmu yang berkait dengan perniagaan.

Dengan ilmu-ilmu ini boleh menjadi sebab kita mendapat hidayah dan bantuan serta rezeki yang mencurah-curah daripada Allah s.w.t.


(SUMBER: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG)

Selasa, 23 Julai 2013

HIKMAH GEMBALA KAMBING

Ketika berumur lapan tahun, Nabi Muhammad S.A.W. tinggal bersama pakcik saudaranya Abu Talib selepas kematian datuk dan ibunya. Walaupun Abu Talib ketua suku Bani Hashim, beliau hidup dalam keadaan sederhana. Justeru, Nabi Muhammad S.A.W. mula belajar hidup berdikari dengan menggembala kambing di padang pasir
Dalam hadis menyatakan;
      " Tidak ada Nabi, melainkan semuanya pernah menggembala kambing"
Sekadar Hiasan
Antara Nabi yang diceritakan pernah menggembala kambing adalah Nabi Adam, Nabi Musa, Nabi Ibrahim, Nabi Lut, Nabi Ismail dan lain-lain.

Daripada Perspektif Bisnes

Menggembala kambing tidak semudah yang disangkakan. Jangan sesekali memandang rendah pada pekerjaan menggembala kambing. Antara sifat kambing yang perlu diketahui adalah ia berbau hapak, degil serta tidak mendengar arahan walaupun dipukul seteruk mana sekalipun. Namun, seorang usahawan wajar mengambil pengajaran di sebalik menggembala kambing;

Konsep 4K

  • Kesabaran (self-control), agresif dan membina jiwa yang kental (spritual quotient)
  • Kerja kuat (execution) dan disiplin diri.
  • Kepentingan masa berkualiti (time management) dalam kehidupan seharian.
  • Kira-kira (accounting) dan Pengurusan Sumber (resources).
  • Kebesaran Tuhan (thingking big) iaitu dengan merenung ciptaan dan hikmah di sebalik ciptaan Tuhan.

(SUMBER: JEJAK BISNES RASUL)

7 AMALAN SEHARIAN BAGI MEMBINA PERIBADI USAHAWAN CILIK


  1. Baca surah Yusuf semasa mengandung supaya anak dalam kandungan memiliki semangat berdikari, wajah yang baik dan budi pekerti yang mulia.
  2. Ajarkan mereka solat ketika berumur tujuh tahun supaya mereka taat kepada Tuhan.
  3. Ajar menghormati rezeki ketika makan iaitu dengan membaca doa supaya mereka tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.
  4. Didik dengan tahap disiplin yang tinggi terhadap kepentingan masa dan ilmu supaya mereka tidak leka di kemudian hari.
  5. Didik dengan teknik pengurusan duit poket supaya mereka bijak berbelanja dan tidak boros.
  6. Ceritakan kepada mereka bentuk pekerjaan dan bisnes diri sendiri supaya timbul minat dalam hati mereka.
  7. Galakkan mereka bercerita tentang pembinaan kerjaya masa depan. Jika perlu hadiahkan mereka permainan yang beridentitikan kerjaya seperti alat kedoktoran jika mereka mahu menjadi doktor.

Isnin, 22 Julai 2013

SIFAT PERIBADI SEORANG USAHAWAN

Mengikut kajian, dapat disimpulkan bahawa seorang usahawan yang ideal harus mempunyai 17 sifat keperibadian.

17 SIFAT KEPERIBADIAN SEORANG USAHAWAN

  1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.
  2. Memandang masa hadapan dengan jelas - Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yang belum ada dalam pasaran. Idea ini amat jelas untuk direalisasikan walaupun detailnya mungkin belum lengkap dan boleh diubah suai. Idea ini sering dipromosikan dengan penuh keyakinan dan kecintaan.
  3. Berkeupayaan untuk bekerja keras - Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau "warkaholic". Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.
  4. Berfikiran positif - Usahawan berfikiran positif seperti hero dalam filem box office Barat yang sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.
  5. Berani membuat keputusan - Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan perlu dibuat dengan kadar segera. Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.
  6. Bersikap optimistik - Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah "Masa kini ialah masa yang terbaik" dan "Semua perkara boleh dilakukan."
  7. Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.
  8. Berani mengambil risiko secara berhemah - Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza. Jika kita mengambil perkiraan yang teliti (calculated risks), namun masih menemui kegagalan, itu bukan dikira kesilapan diri kita lagi.
  9. Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah.
  10. Bekerja sendiri - Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah orang lain. Dia mungkin bekerja dengan seseorang untuk mendapat pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan buat suatu jangka masa yang pendek dan kemudian akan menjalankan perusahaan sendiri.
  11. Mempunyai daya kepimpinan dengan mengutamakan kepimpinan dengan mengutamakan sifat mengasuh dan mendidik - Kesanggupan mengetuai dan mengawasi sesuatu usaha sehingga pekerja di bawah organisasinya boleh bekerja tanpa dipantau.
  12. Bersikap sedia menerima tanggungjawab - Kesanggupan memikul tanggungjawab kepada sebarang usaha dari segi moral, mental dan undang-undang. Dia lebih berorientasikan kemanusiaan daripada kepentingan diri. Dia bersedia memenuhi permintaan pelanggannya.
  13. Berorientasikan ganjaran atau habuan - Keinginan mendapat ganjaran hasil daripada usaha dan iktihiar. Ganjaran paling utama ialah bentuk wang. Tetapi boleh juga diambil dalam bentuk pengiktirafan, pangkat, nama, anugerah dan rasa hormat.
  14. Berorientasikan kecemerlangan - Meletakkan sasaran pencapaian sesuatu yang luar biasa yang dapat memberi kebanggaan.
  15. Bersemangat organisasi - Seorang usahawan mampu membawa semua kompenan perniagaan termasuk sumber tenaga manusia (personel atau kakitangan) ke arah kejayaan. Dia juga mampu mempengaruhi orang lain untuk menyokong dan membantu usahanya.
  16. Berorientasi keuntungan - Seorang usahawan bijak mentaksir harga. Dia mempunyai keinginan untuk mendapat apa jua bentuk ganjaran. Bagaimanapun, keuntungan cuma merupakan kayu pengukur tahap kejayaan dan pencapaian. Ketika melantik Malik bin al-Haris menjadi gabenor di Mesir, Saiyidina Ali k.w.h. berkata, "Menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat."
  17. Bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan mengangkat-Nya menjadi Petunjuk, Pembimbing dan Pemerhati kepada aktiviti perniagaan kita.

Khamis, 18 Julai 2013

Ganjaran Cekal Hati


Sikap cekal hati mempunyai ganjarannya yang tersendiri. Setiap kali berjaya memaksa diri melakukan sesuatu sama ada besar ataupun kecil, kita berasa gembira dengan kejayaan yang dicapai. Apabila melakukan kerja lebih dari yang diharapkan perasaan bangga menjadikan kita lebih gembira, walau tidak diketahui orang lain. Kita dirasakan lebih berkuasa mengawal arah hidup sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Perbezaan besar antara orang yang berjaya dan gagal adalah, orang yang berjaya tidak mengalah. Sementara orang yang gagal, kerap menyerah.
 
Kita dapat meningkatkan kebolehan bercekal hati dengan meyakinkan diri sendiri ia dapat dilakukan. Bercakap dengan diri sendiri, " Saya dapat melakukannya. Saya dapat bertahan bagi terus berusaha." Sebelum memulakan sesuatu kerja, tanamkan dijiwa kebolehan sendiri dengan berkata, " Saya tidak menyerah."
 
Ujian kecekalan hati itu kerap datang dengan tiba-tiba. Hidup kita penuh dengan ujian-ujian kecekalan itu. Apabila berhadapan dengan kesukaran, rintangan, ataupun kegagalan semasa menyelesaikan tugas, itulah sebenarnya ujian kecekalan kita. Ingatkan diri sentiasa, ujian-ujian kecil itu perlu dilalui. Peluang bagi membuktikan diri sendiri kebolehan yang kita miliki. Ia juga peluang bagi orang lain menilai kekuataan peribadi dan kecekalan dalam mencapai kejayaan.