" Ubah cara pemikiran dan kita akan mengubah dunia." - Norman Vincent Peale
" Kata-kata memiliki kuasa bagi menyembuh dan memusnahkan sesuatu. Apabila kata-kata kita itu baik dan ikhlas, ia mampu mengubah dunia." - Buddha
" Empat perkara yang wajib bagi mencapai kejayaan; kerja keras, doa, pemikiran, dan keyakinan." - Norman Vincent Peale
" Selalunya apa yang diperlukan hanya perubahan dalam diri kita, bukannya perubahan keadaan." - Arthur Christopher Benson
" Sekiranya saya tidak sukakan seseorang, saya perlu mengenalinya dengan lebih baik." - Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat
" Rezeki tidak datang pada orang yg murung dan bersedih. Jadi, sentiasa bersemangat, sebab perkara yang baik-baik akan datang kepada kamu. Dan kamu juga akan bertemu perkara yang baik-baik." - Glorie Abelhas
" Mereka yang duduk menunggu sahaja sesuatu berlaku patut menyinsing lengan baju mereka terlebih dahulu." - Garth Henrichs
" Keberanian adalah berasa takut tetapi tetap meneruskan juga. - Dan Rather, Pembaca Berita CBS News
" Orang yang bijak tidak khuatir dengan perkara-perkara yang tidak dia miliki, tetapi mensyukuri apa yang dia miliki." - Epictetus
" Hari yang mendung tidak dapat menandingi sikap yang ceria." - William Arthur Ward, penulis.
" Sekiranya kita tidak sukakan sesuatu ubah sahaja, dan sekiranya tidak mampu mengubahnya, ubah cara kita berfikir mengenainya." - Mary Engelbreit
" Apa sahaja pemikiran positif lebih baik daripada pemikiran yang negatif. - Elbert Hubbard, penulis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan