- Sentiasa tersenyum, ceria dan menyenangkan orang lain.
- Pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan dan tempat.
- Mempunyai penampilan yang menarik dan bersesuaian.
- Berpengetahuan tinggi tentang apa yang dicakapkan, untuk siapa, apa tujuan dan sebagainya.
- Pertuturan lemah lembut dan bersopan.
- Menjauhkan diri daripada fitnah, gosip, atau mengata orang lain.
- Tidak agresif dalam tindakan.
- Bijak mengawal emosi.
- Tidak menengking, marah-marah atau kasar.
- Tidak prejudis dan bersangka buruk.
- Tidak terlalu pesimis dan berfikiran negatif.
- Tidak kelam kabut atau merasa tidak tenteram.
- Tidak sombong, meninggi diri atau berlagak pandai.
- Saling hormat-menghormati.
- Tidak merendah-rendahkan orang lain.
- Tidak berhasad dengki atau berdendam.
- Pendengar yang baik.
- Bijak menggunakan bahasa badan dan bersesuaian.
- Selalu tenang dan yakin.
- Berdoa.
Ahad, 18 Ogos 2013
Ringkasan Kecerdasan Emosi (EQ) dalam Komunikasi
Emosi yang tinggi membantu individu mengatasi gangguan komunikasi dengan baik, menjadikan persepsi lebih tepat, meningkatkan daya cerapan, meningkatkan kemahiran bukan lisan serta meningkatkan interaksi interpersonal. Berikut adalah sifat individu yang tinggi EQ sewaktu menjalankan komunikasi:
Sabtu, 17 Ogos 2013
Beri Khidmat Pelanggan Yang Baik
Aset terpenting sesebuah perniagaan adalah para pelanggan. Tanpa permintaan daripada pelanggan yang banyak dan berterusan, tiada perniagaan mampu hidup. Oleh itu, kepuasaan pelanggan penting bagi sebarang perniagaan dan kualiti khidmat pelanggan menentukan kepuasan pelanggan kita. Beberapa prinsip utama khidmat pelanggan adalah seperti berikut:
Pelanggan Sentiasa Betul
Sekiranya pelanggan datang kepada kita dan meminta produk ataupun perkhidmatan tertentu, kita perlu berusaha memenuhinya sebaik mungkin. Sekiranya selepas perkhidmatan diberi pelanggan tidak berpuas hati dan memberi maklum balas yang negatif, terimanya sebagai sah dan benar, kemudian cuba selesaikannya dengan memuaskan hati mereka. Ini mungkin bermakna kita perlu meminta maaf, membaiki barang yang rosak, ataupun memberi hadiah percuma.
Dalam semua situasi, pelanggan perlu merasakan masalah mereka mendapat perhatian serius dan ada usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikannya.
Jawab Pertanyaan dengan Segera
Tidak kira seremeh mana pun pertanyaan yang diajukan, pertanyaan itu penting bagi pihak yang bertanya. Oleh itu, kita perlu berusaha menjawab semua pertanyaan dengan cepat, tepat, dan berhemah. Sekiranya pertanyaan itu di luar pengetahuan kita, minta pelanggan menunggu sebentar sementara kita mencari jawapannya.
Sekiranya pertanyaan dibuat melalui telefon, tawarkan diri menelefon mereka kembali selepas mendapat jawapan. Sekiranya boleh, jangan pindahkan pelanggan kepada orang lain.
Kenali Pelanggan Kita
Pelanggan begitu menghargai perkhidmatan peribadi. Kita perlu berusaha mengenali pelanggan, memanggil mereka dengan nama mereka, mengingati kegemaran dan kebencian mereka, serta apa yang mereka selalu cari. Pengetahuan mendalam mengenai produk kita adalah berguna dalam perkara ini.
Sekiranya kita mahir dalam ciri-ciri dan kegunaan produk, kita dapat memaklumkan pelanggan dengan tepat bagaimana produk itu memenuhi keperluan mereka. Lebih tepat sekiranya kita dapat memenuhi keperluan pelanggan, bukan sahaja mereka akan kembali lebih kerap, malah mereka juga akan mengesyorkan produk kita kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan mereka.
Setia kepada Pelanggan Kita
Kesetiaan pelanggan adalah perkara dua hala dan dalam keghairahan menarik pelanggan baru, kita tidak sepatutnya mengabaikan pelanggan lama dan pelanggan yang berulang.
Mengabaikan pelanggan lama tidak akan membantu mengekalkan mereka dan mungkin menyebabkan mereka mencari alternatif lain.
Akhir sekali, tiada pelanggan yang tidak penting, tidak kira orang itu kelihatan tua, miskin, ataupun tidak berpelajaran. Setiap pelanggan mempunyai potensi menjadi pembeli dan berpotensi mempromosikan bisnes kita. Sama ada publisiti yang dibawa positif ataupun negatif, bergantung kepada sama ada mereka berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang mereka terima.
Ambil Pekerja Yang Sesuai
Apabila memilih rakan perniagaan ataupun pekerja dalam bisnes, perkara pertama yang perlu dipastikan adalah sama ada mereka dapat dipercayai ataupun tidak. Rakan perniagaan yang tidak dapat memenuhi komitmen, ataupun pekerja yang tidak melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin menghancurkan perjalanan perniagaan kita. Oleh sebab itu, proses pemilihan dan pengambilan pekerja adalah penting.
Dalam proses ini, kita perlu memerhatikan pertuturan dan perlakuan orang itu, mengenali latar belakangnya, bagaimana beliau bertindak sendirian serta dalam pasukan, dan menggunakan kesemua maklumat ini bagi menentukan sama ada beliau sesuai ataupun tidak.
Dalam proses ini, kita perlu memerhatikan pertuturan dan perlakuan orang itu, mengenali latar belakangnya, bagaimana beliau bertindak sendirian serta dalam pasukan, dan menggunakan kesemua maklumat ini bagi menentukan sama ada beliau sesuai ataupun tidak.
Rabu, 14 Ogos 2013
Kesan Mendidik Anak Menjadi Ala Kadar
- Malu hendak mengakui kehebatan diri.
- Tidak yakin dengan kebolehan diri.
- Lambat mengenal pasti kemahiran dan kebolehan diri.
- Anak tidak mampu menerobos sempadan diri.
- Tidak mahu bergaul dengan orang lain.
Akibat Ingkar Perintah Allah s.w.t.
- Dimurkai Allah s.w.t.
- Tidak diberi hidayah.
- Hati dan jiwa tidak tenang.
- Dibenci oleh manusia dan penghuni langit.
- Tidak memperolehi hasil yang memberangsangkan dalam sesuatu kerja.
- Tidak mampu menerobos sempadan diri.
- Masuk neraka Jahannam.
12 Penghalang Kemajuan Diri
- Ingkar perintah Allah s.w.t.
- Kesan mendidik anak ala kadar.
- Takut dikritik.
- Takut gagal.
Takut gagal antara faktor terbesar rahsia diri tidak tercungkil.
- Matlamat kabur.
Seseorang yang kabur matlamat hidupnya tidak akan mampu melangkah dari tangga ke tangga yang seterusnya.
- Jahil
Orang yang jahil banyak perkara, tidak mampu menerobos sempadan diri.
- Kekurangan sumber.
Kadangkala sumber yang diperlukan untuk membasmi kejahilan itu kurang dan ia sebenarnya menyekat peningkatan kendiri individu.
- Bodoh sombong.
Orang bodoh sombong tidak akan mampu mencipta kecermalangan diri.
- Pentingkan diri sendiri.
Orang yang mementingkan diri sendiri sebenarnya mendatangkan kerugian kepada diri.
- Mudah patah semangat.
Orang yang mempunyai aras ketahanan diri yang rendah sentiasa gagal dalam urusan.
- Tergesa-gesa mahukan hasil.
Tergesa-gesa adalah sikap syaitan manakala tenang dan positif adalah ajaran Islam.
- Kurang berdoa.
Doa merupakan cara terus untuk memohon hajat kepada Allah Yang maha Kaya.
Ahad, 11 Ogos 2013
Al-Ghaniyy ( Yang Maha Kaya )
" Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji " - Surah Luqman: Ayat 26 -
Allah itu Maha Kaya dan mencukupkan keperluan dirinya sendiri. Zat dan sifatnya tidak memiliki hubungan dengan sesuatu apa pun yang lain. Allah tidak memerlukan apa-apa pun dan tidak perlu mencari. Kekayaannya tidak ada hubungannya dengan yang lain, bahkan semua yang lain bergantung padanya. Allah berkata " Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang memelukannya. " ( Muhammad, ayat 38 )
Oleh itu, Allah sebagaimana yang dikemukakan dalam Hadis Qudsi, berasa hairan dengan manusia yang menerima limpahan kekayaannya tetapi berterima kasih pada yang lain. Sepatutnya, apabila seseorang diberikan kekayaan, rasa syukurnya pada Allah semakin banyak.
Orang yang bersyukur pada Allah yakin dengan janji Allah den bersedia membantu orang-orang miskin yang kelaparan, meyekolahkan anak-anak miskin dan anak-anak yatim. Dia tidak pernah khuatir kekayaannya berkurangan kerana diberikan pada orang lain, malah dia menggunakan kesempatan menggunakan kekayaan bagi beramal sebanyak-banyaknya, selari dengan janji Allah:
"Jika kamu khuatir menjadi miskin, maka Allah nanti memberikan kekayaan padamu dan kurniaannya, apabila dia mengkhendaki." - at-Taubah, ayat 28 -
"Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan." - an-Najm, ayat 48 -
Menurut al-Qusyairi, iman adalah khazanah kekayaan Allah. Orang yang beriman adalah orang yang kaya di antara manusia, kerana orang seperti itu mengetahui tidak ada keperluan dari sesiapa pun kecuali Allah, zat yang benar-benar Maha Kaya.
Allah itu Maha Kaya dan mencukupkan keperluan dirinya sendiri. Zat dan sifatnya tidak memiliki hubungan dengan sesuatu apa pun yang lain. Allah tidak memerlukan apa-apa pun dan tidak perlu mencari. Kekayaannya tidak ada hubungannya dengan yang lain, bahkan semua yang lain bergantung padanya. Allah berkata " Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang memelukannya. " ( Muhammad, ayat 38 )
Oleh itu, Allah sebagaimana yang dikemukakan dalam Hadis Qudsi, berasa hairan dengan manusia yang menerima limpahan kekayaannya tetapi berterima kasih pada yang lain. Sepatutnya, apabila seseorang diberikan kekayaan, rasa syukurnya pada Allah semakin banyak.
Orang yang bersyukur pada Allah yakin dengan janji Allah den bersedia membantu orang-orang miskin yang kelaparan, meyekolahkan anak-anak miskin dan anak-anak yatim. Dia tidak pernah khuatir kekayaannya berkurangan kerana diberikan pada orang lain, malah dia menggunakan kesempatan menggunakan kekayaan bagi beramal sebanyak-banyaknya, selari dengan janji Allah:
"Jika kamu khuatir menjadi miskin, maka Allah nanti memberikan kekayaan padamu dan kurniaannya, apabila dia mengkhendaki." - at-Taubah, ayat 28 -
"Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan." - an-Najm, ayat 48 -
Menurut al-Qusyairi, iman adalah khazanah kekayaan Allah. Orang yang beriman adalah orang yang kaya di antara manusia, kerana orang seperti itu mengetahui tidak ada keperluan dari sesiapa pun kecuali Allah, zat yang benar-benar Maha Kaya.
Isnin, 5 Ogos 2013
Rahsia Kekayaan, Kejayaan, Dan Kebahagian
Tahukah anda 96% kekayaan dalam dunia ini dimiliki oleh 1% golongan manusia sahaja? Ini adaloah fakta yang mengejutkan kita. Apa yang penting, pasti ada sebab mengapa ia berlaku.
Berdasarkan kajian, golongan 1% sentiasa bersikap positif dengan apa sahaja yang mereka hadapi. Pada saat manusia lain melihat musibah sebagai suatu penderitaan, mereka melihat musibah sebagai pemangkin yang menyebabkan mereka lebih tabah dan cekal. Pada saat orang lain melihat kerja yang tidak menjadi sebagai gagal, mereka melihat sebagai pelajaran yang membimbing mereka pada masa hadapan.
Bukankah semua ini adalah sikap bersangka baik?
Sikap bersangka baik membantu kita berjaya dalam hidup. Bersangka baik menjadikan kita positif dan bertenaga. Bersifat positif menjadi magnet bagi manusia menarik kekayaan dan kejayaan dalam hidupnya.
Bersangka buruk menyebabkan kehidupan manusia sentiasa tertarik kepada keburukan dan kegagalan.
Oleh sebab minda kita sentiasa menarik apa yang difokuskan, kita perlu bersikap positif bagi berjaya dalam hidup. Semua manusia inginkan kebaikan dalam hidup, dan kebaikan itu perlu dicipta dalam minda dan hati sebelum direalisasikan di alam nyata.
Kita berpotensi menjadi jutawan sekiranya kita rajin belajar, bersikap terbuka, gigih mengamalkan ilmu yang ada, dan sentiasa bergantung penuh pada Allah s.w.t.
Rabu, 31 Julai 2013
Lima Puluh Sebab Utama Kegagalan
- Tabiat tidak tentu hala dengan kaedah, tanpa matlamat atau tujuan tertentu.
- Keturunan fizikal yang tidak disenangi semenjak lahir.
- Suka masuk campur hal orang lain.
- Kurang tujuan utama yang pasti sebagai matlamat hidup.
- Tidak cukup pendidikan.
- Kurang disiplin diri yang biasanya dapat dilihat dengan jelas melalui tabiat makan yang berlebihan, ketagihan arak dan seks serta tidak menghiraukan untuk memajukan diri.
- Kurang cita-cita untuk menuju ke tahap yang lebih baik.
- Keuzuran yang biasanya disebabkan oleh pemikiran salah, pemakanan yang tidak betul dan kurang melakukan senaman fiizikal.
- Pengaruh keadaan sekeliling yang tidak menyenangkan semasa kanak-kanak.
- Kurang pertahanan diri dalam meneruskan perjalanan yang telahpun dimulakan hingga ke penghujung.
- Sikap mental yang negatif sebagai tabiat yang tetap.
- Keinginan untuk mendapatkan sesuatu tanpa sesuatu, biasanya dapat dilihat dalam tabiat suka berjudi.
- Kurang pengawalan terhadap emosi.
- Kegagalan mencapai keputusan dengan segera dan pasti, dan berpegang kepada keputusan yang telah dibuat.
- Pilihan pasangan yang salah dalam perkhawinan.
- Terlalu berhati-hati dalam perniagaan.
- Kurang berhati-hati dalam semua bentuk amaran.
- Silap memilih rakan perniagaan atau dalam profesion.
- Silap memilih kerjaya atau tidak hirau untuk memilih kerjaya.
- Kurang perhatian terhadap usaha atau tugas yang dilakukan dalam masa yang diberi.
- Tabiat boros, tanpa pengawalan terhadap pendapatan dan perbelanjaan.
- Kegagalan untuk mengawal belanja dan menggunakan masa untuk peluang keemasan.
- Kurang minat yang terkawal.
- Tidak bertolak-ansur.
- Kegagalan untuk bekerjasama dengan yang lain dalam semangat keharmonian.
- Penggunaan kuasa atau kemarahan yang tidak berlandaskan kecemerlangan atau usaha sendiri.
- Kurang semangat kesetiaan kepada mereka yang berhak diberi kesetiaan.
- Sifat ego dan bangga diri yang tidak dapat dikawal.
- Tabiat membuat pandangan tanpa berdasarkan pengetahuan fakta yang berpatutan.
- Kurang wawasan dan imaginasi untuk mengenal pasti peluang yang dikehendaki.
- Ketidaksanggupan untuk pergi lebih jauh dalam memberi perkhidmatan.
- Tabiat bercakap kasar atau bercakap perkara yang tidak senonoh.
- Tabiat menurut hati membuat gosip yang negatif terhadap orang lain.
- Sikap tidak sosial terhadap pihak berkuasa kerajaan yang dilantik.
- Tidak percaya akan kewujudan Kebijaksanaan Infiniti.
- Kurang mendalami ilmu agama bagi menghasilkan natijah yang positif.
- Kegagalan untuk memanfaatkan nasihat orang lain yang pengalamannya selalu diperlukan.
- Kelalaian dalam membayar hutang peribadi.
- Tabiat menipu dan mengubahsuai kebenaran dengan keterlaluan.
- Tabiat suka mengkritik walaupun pada masa yang tidak memerlukan kritikan.
- Terlalu banyak hutang piutang.
- Tamakkan harta benda yang tidak diperlukan.
- Kurang keyakinan diri terhadap pertimbangan yang cukup bagi memenuhi objektif pilihan seseorang itu.
- Ketagihan arak dan dadah.
- Ketagihan rokok, khususnya tabiat merokok tanpa henti.
- Tabiat (tidak profesional) bertindak seperti peguam sendiri dalam hubungan dengan perkara kontrak dan undang-undang.
- Tabiat melarikan diri daripada keadaan yang tidak menyenangkan daripada menguasai keadaan itu.
- Tabiat terlalu banyak berceloteh dan terlalu banyak memasang telinga.
- Tabiat menerima bantuan orang lain tanpa memberi balasan terhadap bantuan yang telah diterima.
- Niat tidak jujur dalam perniagaan dan profession.
Selasa, 30 Julai 2013
Mengapa Bisnes Gagal - Tiada Pelan Jangka Panjang
Salah satu langkah yang perlu diambil apabila anda mula berniaga adalah menulis pelan bisnes anda.
Terdapa beberapa sebab mengapa perlu anda membuat atau menulis pelan bisnes anda terlebih dahulu. Pelan bisnes berfungsi sebagai:
- Panduan dalam membuat keputusan bisnes anda.
- Cara berkomunikasi dengan pekerja, pelanggan dan rakan niaga.
- Kertas kerja bagi mendapatkan pinjaman wang.
Pelan jangka panjang yang baik, mampu diukur dengan mengambil kira kekuataan sumber manusia, status kewangan syarikat dan jenis perniagaan.
Adalah lebih baik anda membuat sedikit kajian menerusi buku dan internet sebelum menulis pelan bisnes anda. Dapatkan juga pandangan daripada mereka yang arif.
Konsep dalam pelan anda perlu diterjemahkan kepada terma kewangan yang dapat diukur. Peminjam semestinya ingin tahu jumlah anggaran kos menguruskan syarikat dan jumlah anggaran pulangan supaya mudah mereka menganggarkan beberapa jumlah yang patut diberi pinjaman.
Pelan jangka panjang anda perlu memberi perhatian khusus pada aspek pemasaran. Pertama sekali, tentukan matlamat pemasaran. Kemudian, buat kajian pasaran yang merangkumi sasaran pasaran, corak pasaran dan persaingan. Akhir sekali, sediakan pelan pemasaran. Sertakan pendekatan dalam promosi, jualan, pengiklanan, khidmat pelanggan dan networking.
Kesilapan yang biasa dibuat semasa menulis pelan jangka panjang adalah tidak realistik semasa membuat anggaran. Anggaran hasil lebih banyak dan anggaran perbelanjaan terlalu kurang. Fokuskan sasaran pelanggan kepada satu persekitaran yang realistik. Buat anggaran kos perbelanjaan dan hasil pendapatan berdasarkan persekitaran itu.
Sebolehnya cuba sertakan aliran wang tunai selama satu tahun pertama. Mengapakah aliran wang tunai penting kepada peniaga? Aliran wang tunai penting bagi seseorang usahawan kerana wang tunai digunakan bagi membayar pembekal, membayar gaji pekerja, membayar balik pinjaman dan membuat pelaburan dalam bisnes. Pengerakan aliran wang tunai penting diuruskan dengan baik.
Kebanyakan usahawan baru tidak menghiraukan elemen aliran wang tunai ini. Aliran wang tunai adalah perkara utama yang perlu diuruskan oleh usahawan-usahawan baru kerana mereka masih kurang pengalaman dalam bidang ini. Tentukan bila masanya pendapatan menyamai kos perbelanjaan. Ini adalah titik perniagaan anda bagi mendapatkan pulangan modal.
Isnin, 29 Julai 2013
Mengapa Bisnes Gagal - Matlamat Bisnes Tidak Jelas
Ramai yang tersilap dengan menyangka bisnes adalah matlamat mereka. Sebenarnya bisnes hanyalah alat bagi mencapai matlamat. Matlamat bisnes anda sepatutnya apa yang bisnes dapat lakukan untuk anda bagi mengecapi apa yang anda hajati dalam hidup.
Matlamat bagaikan arah tujuan anda dalam perjalanan. Anda menetapkan matlamat supaya anda lebih fokus apabila membuat apa-apa perkara. Cerdik pandai ada mengatakan, "Mengetahui apakah matlamat anda dan ingin mencapainya tidak akan membawa anda kepadanya. Tindakanlah yang mampu berbuat demikian."
Nilai matlamat itu bergantung pada bagaimana ia memandu anda di sepanjang perjalanan bisnes anda. Apabila matlamat yang disasarkan sekadar dijadikan sebagai motivasi supaya bekerja lebih kuat, maka matlamat itu tidak dapat menolong anda menyelesaikan masalah yang timbul ataupun memilih keputusan yang tepat dalam bisnes.
Bagaimana hendak membuat matlamat yang terbaik? Bayangkan diri anda pada masa hadapan. Tetapkan tarikh bila matlamat anda tercapai. Gambarkan diri anda pada masa itu. Apa rasanya mencapai kejayaan? Visual inilah yang diputarkan kembali dalam minda anda dari semasa ke semasa. Anda bukan berkhayal, sebaliknya anda sedang mencorak masa depan anda.
Selepas anda rasa bersemangat menentukan arah tuju anda, tulis matlamat itu bercirikan empat perkara berikut:
Matlamat bagaikan arah tujuan anda dalam perjalanan. Anda menetapkan matlamat supaya anda lebih fokus apabila membuat apa-apa perkara. Cerdik pandai ada mengatakan, "Mengetahui apakah matlamat anda dan ingin mencapainya tidak akan membawa anda kepadanya. Tindakanlah yang mampu berbuat demikian."
Nilai matlamat itu bergantung pada bagaimana ia memandu anda di sepanjang perjalanan bisnes anda. Apabila matlamat yang disasarkan sekadar dijadikan sebagai motivasi supaya bekerja lebih kuat, maka matlamat itu tidak dapat menolong anda menyelesaikan masalah yang timbul ataupun memilih keputusan yang tepat dalam bisnes.
Bagaimana hendak membuat matlamat yang terbaik? Bayangkan diri anda pada masa hadapan. Tetapkan tarikh bila matlamat anda tercapai. Gambarkan diri anda pada masa itu. Apa rasanya mencapai kejayaan? Visual inilah yang diputarkan kembali dalam minda anda dari semasa ke semasa. Anda bukan berkhayal, sebaliknya anda sedang mencorak masa depan anda.
Selepas anda rasa bersemangat menentukan arah tuju anda, tulis matlamat itu bercirikan empat perkara berikut:
- Sumber inspirasi. Matlamat perlu memberi inspirasi supaya anda bekerja dengan lebih bersemangat. Mendapat hasil bulanan yang memuaskan bukanlah satu matlamat yang boleh memberikan inspirasi. Ayat yang lebih positif seperti mencapai jaminan kewangan mutlak adalah lebih sesuai.
- Spesifik. 'Memiliki empayar perniagaan yang besar tentu lebih menyukarkan anda mencapai matlamat berbanding 'Memiliki 50 anak syarikat bertaraf dunia menjelang 1 Januari 2020' lebih jelas.
- Jangka pendek dan jangka panjang. Matlamat jangka pendek membolehkan anda membuat penilaian ke atas pencapaian anda dalam masa tiga bulan, enam bulan dan satu tahun pertama. Matlamat jangka panjang pula disasarkan pada lima hingga 20 tahun akan datang dan sepatutnya lebih besar berbanding matlamat jangka pendek.
- Realistik. Mula dengan matlamat yang kecil dan boleh dicapai dalam jangka masa yang singkat. Selepas berjaya, anda sudah bersedia melangkah ke matlamat yang lebih besar.
Mengapa Bisnes Gagal - Tiada Kemahiran Komunikasi
Dalam setiap transaksi, anda perlu berkomunikasi dengan orang lain. Kemahiran berkomunikasi penting dalam memastikan kejayaan anda membuat jualan. Sifat malu hanya membantutkan prestasi jualan anda. Dengan komunikasi yang berkesan, anda dapat menjalinkan ikatan, membina kepercayaan dan meningkatkan kredibiliti anda.
Bagi bisnes yang baru hendak bertapak, menumpukan pada media pengiklanan semata-mata tidak memberi hasil yang diimpikan. Anda perlu bertemu sendiri dengan pelanggan secara bersemuka. Teknik komunikasi anda perlu kena pada masa dan tempatnya. Analisis siapa yang berkomunikasi dengan anda. Sesuaikan cara dan isi percakapan anda mengikut latar belakang orang yang berkomunikasi dengan anda.
Cara anda berkomunikasi akan membentuk persepsi orang lain pada diri anda. Persepsi orang lain ke atas anda dapat dibentuk melalui cara anda bercakap dan apa yang anda cakapkan. Oleh itu, beri perhatian pada apa yang keluar daripada mulut anda dan bagaimana anda menyampaikan mesej.
Antara tip bagi meningkatkan kepercayaan orang lain kepada anda:
Dalam perbincangan ataupun penerangan dengan pelanggan anda, perhatikan perkara-perkara berikut:
Bagi bisnes yang baru hendak bertapak, menumpukan pada media pengiklanan semata-mata tidak memberi hasil yang diimpikan. Anda perlu bertemu sendiri dengan pelanggan secara bersemuka. Teknik komunikasi anda perlu kena pada masa dan tempatnya. Analisis siapa yang berkomunikasi dengan anda. Sesuaikan cara dan isi percakapan anda mengikut latar belakang orang yang berkomunikasi dengan anda.
Cara anda berkomunikasi akan membentuk persepsi orang lain pada diri anda. Persepsi orang lain ke atas anda dapat dibentuk melalui cara anda bercakap dan apa yang anda cakapkan. Oleh itu, beri perhatian pada apa yang keluar daripada mulut anda dan bagaimana anda menyampaikan mesej.
Antara tip bagi meningkatkan kepercayaan orang lain kepada anda:
- Jangan sesekali membuat kenyataan yang tidak benar ataupun menokok tambah sesuatu perkara. Menurut kajian, kredibiliti anda menurun apabila anda suka memperbesar-besarkan cerita.
- Kenal pasti persamaan yang ada antara anda dan orang yang sedang bercakap dengan anda. Faktor persamaan memberi keselesaan semasa berkomunikasi.
- Tonjolkan diri anda sebagai orang yang boleh dipercayai. Orang lebih mudah mendengar kata-kata anda apabila anda dilihat sebagai orang yang mahir, berpengalaman ataupun berpangkat.
- Sentiasa bercakap berpandukan fakta yang diyakini, hujah yang logik dan bukti yang sah. Bukti yang dapat memperkukuhkan lagi fakta anda itu adalah dokumen ataupun testimoni daripada pelanggan yang sah.
Dalam perbincangan ataupun penerangan dengan pelanggan anda, perhatikan perkara-perkara berikut:
- Tanya soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang panjang dan bukan sekadar 'ya', 'tidak', ataupun 'mungkin'. Cuba fahami apa yang mendorong pelanggan membeli sesuatu produk ataupun perkhidmatan.
- Apabila pelanggan menyatakan kehendaknya, anda seharusnya mengambil kesempatan bertanyakan lebih khusus apa yang diperlukannya. Dapatkan gambaran tepat kehendak pelanggan.
- Banyakkan mendengar dan kurangkan penerangan yang meleret-leret. Anda terus-menerus menerangkan kelebihan produk anda tetapi pelanggan tidak berminat mendengarnya. Ini memberi peluang untuk anda kehilangan pelanggan.
Mengapa Bisnes Gagal - Tidak Mengambil Pengajaran Daripada Kesilapan
Semua orang pernah gagal, termasuk jutawan-jutawan yang anda lihat pada hari ini. Gagal sebenarnya bukan bermaksud anda tidak berjaya, tetapi anda hanya belum berjaya. Anda cuma perlu mengannalisis punca yang menyebabkan anda gagal sebelum ini. Jangan membuang masa dengan menyalahkan orang lain. Ketepikan ego anda. Sebaliknya fokus pada penyelesaian masalah.
Jadikan kegagalan lepas sebagai motivasi untuk diri anda. Beza antara orang yang berjaya dan orang yang terus gagal adalah orang itu tidak mengambil pengajaran daripada kegagalannya dan bangun semula.
Sekiranya anda juga pernah gagal dalam bisnes sebelum ini, cuba lakukan langkah berikut supaya bangun semula dan teruskan perjuangan:
Jangan risau apabila anda gagal beberapa kali. Setiap kali anda gagal bermakna anda semakin banyak pengalaman. Setiap kali anda bangun daripada kegagalan juga membuatkan anda menjadi lebih tabah.
Semaikan sikap berani gagal. Anda juga patut mengambil pengajaran daripada kesilapan orang lain. Anda tidak perlu mengulangi kegagalan mereka. Ingatlah, pencegahan lebih baik daripada rawatan
Jadikan kegagalan lepas sebagai motivasi untuk diri anda. Beza antara orang yang berjaya dan orang yang terus gagal adalah orang itu tidak mengambil pengajaran daripada kegagalannya dan bangun semula.
Sekiranya anda juga pernah gagal dalam bisnes sebelum ini, cuba lakukan langkah berikut supaya bangun semula dan teruskan perjuangan:
- Buat rujukan semula berkenaan semua yang berkaitan dengan bisnes anda. Mungkin pada kali pertama anda belum cukup maklumat hendak berjaya. Berkongsi pengalaman dan maklumat dengan mereka yang menceburi bidang yang sama atau mempunyai minat yang serupa.
- Cari idea baru cara-cara memperbaiki jualan. Ambil semangat daripada kejayaan mereka yang menukar kegagalan menjadi peluang.
- Hubungi pelanggan setia anda. Ketahui apa yang menyebabkan mereka terus berurus niaga dengan anda. Belajar apa yang membuatkan pelanggan puas.
- Teliti semula rungutan dan aduan pelanggan. Cuba atasi masalah yang timbul dengan memikirkan alternatif yang sesuai.
Jangan risau apabila anda gagal beberapa kali. Setiap kali anda gagal bermakna anda semakin banyak pengalaman. Setiap kali anda bangun daripada kegagalan juga membuatkan anda menjadi lebih tabah.
Semaikan sikap berani gagal. Anda juga patut mengambil pengajaran daripada kesilapan orang lain. Anda tidak perlu mengulangi kegagalan mereka. Ingatlah, pencegahan lebih baik daripada rawatan
Mengapa Bisnes Gagal - Sikap Yang Menghalang Kejayaan
Orang yang hebat membentuk cara hidup mereka dan orang biasa dibentuk oleh hidup mereka. Sebelum seseorang itu dapat mengubah hidupnya, beliau perlu mengubah dirinya terlebih dahulu.
Antara sebab utama mengapa majoriti usahawan Melayu tersungkur dalam tahun pertama memulakan bisnes adalah kerana masalah sikap. Orang Melayu terutamanya, takut hendak mencuba kerana mereka takut pada kegagalan. Orang yang takut memulakan langkah pertama, sebenarnya sudah pun gagal daripada awal lagi.
Orang yang cepat berputus asa dikuasai oleh keadaan. Sementara orang yang tabah dan sabar berjaya mengawal minda dan tindakan mereka. Mereka tidak mengharap keuntungan yang cepat, tetapi mereka ingin menuai hasil yang lebih besar pada kemudian hari.
Antara sikap yang menjadi penghalang kepada kejayaan, ialah:
Cara berfikir mempengaruhi tingkah laku anda. Oleh itu, elakkan berfikiran negatif dan mula bersangka baik. Ruang untuk kita berjaya begitu luas.
Antara sebab utama mengapa majoriti usahawan Melayu tersungkur dalam tahun pertama memulakan bisnes adalah kerana masalah sikap. Orang Melayu terutamanya, takut hendak mencuba kerana mereka takut pada kegagalan. Orang yang takut memulakan langkah pertama, sebenarnya sudah pun gagal daripada awal lagi.
Orang yang cepat berputus asa dikuasai oleh keadaan. Sementara orang yang tabah dan sabar berjaya mengawal minda dan tindakan mereka. Mereka tidak mengharap keuntungan yang cepat, tetapi mereka ingin menuai hasil yang lebih besar pada kemudian hari.
Antara sikap yang menjadi penghalang kepada kejayaan, ialah:
- Malu
- Malas
- Marah
- Menyalah
- Manja/Merajuk
- Suka membuat alasan
- Tamak
- Menyombong
Cara berfikir mempengaruhi tingkah laku anda. Oleh itu, elakkan berfikiran negatif dan mula bersangka baik. Ruang untuk kita berjaya begitu luas.
Mengapa Bisnes Gagal - Tidak Kenal Dunia Bisnes
Ramai yang terjun ke dalam bisnes tanpa bekalan yang secukupnya dan akhirnya mendapati dunia bisnes bukanlah semudah yang disangka.
Dalam dunia bisnes yang bergerak pantas hari ini, anda tidak boleh lagi menggunakan alasan 'tiada masa' bagi mempertingkatkan pengetahuan. Anda perlu tahu ilmu pengurusan terkini, pengetahuan produk terkini dan kemahiran teknikal yang terkini. Kejayaan bisnes jangka panjang memerlukan anda menimba ilmu sepanjang masa supaya hari ini jadi lebih baik daripada semalam. Hari esok pula lebih baik daripada hari ini.
Daftarlah bagi mengikuti bengkel atau seminar berkaitan bisnes yang ingin diceburi dan langganlah majalah-majalah bisnes.
Mempelajari ilmu keusahawanan bukan sahaja berguna untuk diri sendiri tetapi juga berguna apabila anda sudah mempunyai pekerja sendiri.
Keadaan yang sama juga berlaku apabila anda berhadapan dengan pelanggan. Pelanggan kini adalah pengguna yang celik. Maka, anda juga perlu jadi penjual yang celik.
Apabila anda tidak tahu suatu perkara berkenaan bisnes yang anda ingin diceburi, anda perlu bertanya. Jangan malu hendak bertanya. Kadangkala, dengan bertanya satu soalan sahaja anda boleh mendapat banyak pengetahuan. Usahawan yang berjaya biasanya tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Artikel-artikel berkaitan keusahawanan dalam internet juga boleh memperkayakan pengetahuan anda.
Dalam dunia bisnes yang bergerak pantas hari ini, anda tidak boleh lagi menggunakan alasan 'tiada masa' bagi mempertingkatkan pengetahuan. Anda perlu tahu ilmu pengurusan terkini, pengetahuan produk terkini dan kemahiran teknikal yang terkini. Kejayaan bisnes jangka panjang memerlukan anda menimba ilmu sepanjang masa supaya hari ini jadi lebih baik daripada semalam. Hari esok pula lebih baik daripada hari ini.
Daftarlah bagi mengikuti bengkel atau seminar berkaitan bisnes yang ingin diceburi dan langganlah majalah-majalah bisnes.
Mempelajari ilmu keusahawanan bukan sahaja berguna untuk diri sendiri tetapi juga berguna apabila anda sudah mempunyai pekerja sendiri.
Keadaan yang sama juga berlaku apabila anda berhadapan dengan pelanggan. Pelanggan kini adalah pengguna yang celik. Maka, anda juga perlu jadi penjual yang celik.
Apabila anda tidak tahu suatu perkara berkenaan bisnes yang anda ingin diceburi, anda perlu bertanya. Jangan malu hendak bertanya. Kadangkala, dengan bertanya satu soalan sahaja anda boleh mendapat banyak pengetahuan. Usahawan yang berjaya biasanya tidak lokek berkongsi pengetahuan dan pengalaman.
Artikel-artikel berkaitan keusahawanan dalam internet juga boleh memperkayakan pengetahuan anda.
Mengapa Bisnes Gagal - Tidak Mengenal Potensi Diri
Pernahkah anda bertemu dengan peniaga yang asyik mengeluh dengan bisnesnya?
Ramai orang yang gagal dalam bisnes bukan kerana mereka tidak pandai berniaga, tetapi mereka salah memilih jenis bisnes yang sesuai dengan personaliti mereka.
Kajian mengatakan, usahawan-usahawan yang berjaya dengan cemerlang mempunyai personaliti yang sama. Personaliti mereka yang sama itu didapati dapat mengatasi persamaan yang terdapat pada latar belakang akademik, pangalaman ataupun kepakaran mereka. Dengan kata lain, jenis personaliti seseorang adalah faktor penting bagi menentukan kejayaan dalam bidang bisnes.
Kajian juga mendapati ramai usahawan yang berjaya dalam bisnes memiliki tiga ciri berikut:
Ramai orang yang gagal dalam bisnes bukan kerana mereka tidak pandai berniaga, tetapi mereka salah memilih jenis bisnes yang sesuai dengan personaliti mereka.
Kajian mengatakan, usahawan-usahawan yang berjaya dengan cemerlang mempunyai personaliti yang sama. Personaliti mereka yang sama itu didapati dapat mengatasi persamaan yang terdapat pada latar belakang akademik, pangalaman ataupun kepakaran mereka. Dengan kata lain, jenis personaliti seseorang adalah faktor penting bagi menentukan kejayaan dalam bidang bisnes.
Kajian juga mendapati ramai usahawan yang berjaya dalam bisnes memiliki tiga ciri berikut:
- Mereka adalah pemimpin yang semula jadi. Anda tidak mungkin memimpin orang lain sekiranya anda tidak dapat memimpin diri sendiri terlebih dahulu.
- Mereka mampu bekerja dengan baik walaupun dalam keadaan tertekan. Mereka yang berjaya mampu mengawal emosi semasa dilanda masalah dan tekanan. Dengan mengawal emosi, mereka mengawal keadaan.
- Mereka adalah penyelesai masalah yang hebat. Orang yang berjaya dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang paling kreatif dan berkesan.
Kunci mencipta kejayaan sebagaimana mereka yang berjaya sebagai usahawan adalah memilih peluang yang sesuai dengan personaliti masing-masing. Personaliti anda menentukan jenis perniagaan yang sesuai untuk anda ceburi. Orang berada di sekeliling anda juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan bisnes anda itu. Jadikan individu yang mendampingi anda sebagai pembantu bagi mencipta kejayaan anda.
Rancang bisnes anda terlebih dahulu. Pilih jenis bisnes yang benar-benar sesuai dengan diri anda.
PUNCA SEMPIT PINTU REZEKI
- Meninggalkan solat.
- Derhaka kepada Allah s.w.t.
- Derhaka kepada ibu bapa.
- Membiarkan ahli keluarga derhaka kepada ibu bapa dan Tuhan.
- Memutuskan hubungan kekeluargaan.
- Enggan membayar zakat.
- Enggan membayar hutang.
- Melakukan zina, homoseks, lesbian atau aktiviti sejenisnya.
- Memakan harta riba.
- Memakan harta anak yatim.
- Hati kotor.
- Sering berdusta.
- Memberi dan menerima rasuah.
- Riyak (menunjuk-nunjuk).
- Merahsiakan ilmu daripada orang lain.
- Khianat terhadap orang lain.
- Mengungkit-ungkit pemberian.
- Menyelidiki rahsia orang.
- Menyebar fitnah.
- Cuai ketika buang air kecil seperti kencing berdiri atau tidak istibra'.
- Kurang berdoa.
Ahad, 28 Julai 2013
Jenis-jenis Nafsu
Seperti mana yang kita sedia maklum setiap insan bergelar manusia mempunyai nafsu. Disini saya senaraikan 7 jenis nafsu yang ada dalam diri manusia sebagai ilmu kepada kita semua.
Konsep ini dinilai berdasarkan 7 tingkat (Mustapha, 1998):
1. Nafsu Ammarah
Iman orang awam dan tingkat yang terendah. Pada tingkat ini, jiwa manusia cintakan kemaksiatan dan bencikan kebajikan.
- Bakhil
- Tamak harta dunia
- Panjang angan-angan
- Sombong dan takbur
- Berhajatkan kemegahan
- Ingin menjadi terkenal dan masyhur
- Hasad dengki
- Dendak kesumat
- Khianat dan niat jahat
- Lalai hatinya dan lain-lain lagi
2. Nafsu Lawwamah
Mula berjinak-jinak dengan kebajikan dan akhlak mulia akan tetapi masih melakukan kemaksiatan walaupun pada skala yang lebih kecil dan mula mengutuk diri jika melakukan kemaksiatan.
- Sentiasa mengkritik kesalahan diri
- Selalu berfikir (bertafakur)
- Kecut hati apabila bersalah
- Tidak suka kepada kejahatan (dan mengkritiknya)
- Hairan kepada diri sendiri (ujub)
- Riyak atau menunjuk-nunjuk
- Sukakan pujian
3. Nafsu Mulhimah
Semakin tinggi amalan kebajikan, sudah dapat membuang kekotoran dan fikiran kemaksiatan serta mula mendapat ilham kebajikan.
- Tidak sayangkan harta
- Bersifat qana'ah iaitu tidak tamak, berasa cukup dengan pemberian Allah
- Berilmu laduni-mendapat ilham
- Tawaduk ( rendah diri pada Allah)
- Taubat yang hakiki
- Sabar yang hakiki
- Tahan menanggung kesusahan
4. Nafsu Mutmainnah
Jiwa yang tenang dan tetap, walaupun apa keadaannya, jiwa ini sudah berserah kepada Allah, tidak berubah keimannya dalam keadaan disirami nikmat, dia bersyukur dan tunduk kepada Allah. Apabila diuji dengan kesusahan, beliau sabar dan reda dengan keputusan Allah. Sudah mula bergelar wali kecil.
- Murah hati dan rajin bersedekah
- Tawakal hakiki
- Arif dan bijaksana
- Kuat beribadat
- Syukur hakiki
- Reda terhadap hukum Allah
- Takwa hakiki
5. Nafsu Radhiah
Pada peringkat ini, manusia tidak takut kepada ujian yang Allah turunkan dan tidak kenal gembira pada limpahan nikmat Allah. Sudah mencapai kejernihan hati, nafsu sudah dipenuhi dengan perasaan keredaan kepada segala keputusan Allah.
- Zahid
- Ikhlas
- Warak
- Meninggalkan perkara-perkara yang bukan kerjanya
- Tunai dan tepatkan hukum-hukum Allah
6. Nafsu Mardhiah
Peringkat para wali, segala apa percakapan mereka dan perbuatan mereka diredai Allah. Para sahabat Nabi Muhammad SAW kebanyakannya berada pada peringkat ini sekurang-kurangnya dan digelar radhiAllahu 'anhu. Sudah tentu mereka yang berada di peringkat ini memperlihatkan akhlak mahmudah, penguasaan ke atas nafsu dan peranan yang mantap.
- Elok dan tinggi budi pekertinya, kesusilaan umpama nabi-nabi
- Lemah-lembut perangainya dalam pergaulan masyarakat umapama nabi-nabi
- Sentiasa berselera berdampingan dengan Allah
- Sentiasa berfikir kebesaran Allah
- Sentiasa reda dengan pemberian Allah (baik atau buruk)
7. Nafsu Kamil
Nafsu yang sempurna dimiliki oleh para nabi dan rasul.
Apabila Tidak Bersyukur
Apabila tidak ada rasa syukur, maka sudah pasti tidak ada rasa qanaah (berpada-pada dengan apa yang ada). Tanpa rasa syukur dan qanaah, manusia sentiasa melihat kekurangan diri, bukan kelebihan.
Orang kaya yang tidak bersyukur akan merasa miskin di tengah-tengah lambakan hartanya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sekiranya manusia memiliki dua buah lembah harta sekalipun, nescaya mereka akan mencari lembah yang ketiga. Dan tidak dapat dipenuhi perut manusia melainkan tanah dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat." (Riwayat Ahmad)
Bukan itu sahaja, malah kerakusan itulah yang menyebabkan ada orang kaya terus melakukan rasuah, makan riba dan menipu. Hidup mereka tidak tenang kerana tidak bersyukur. Inilah azab di dunia sebelum tiba azab di neraka. Ya, untuk bersyukur itu sukar tetapi lebih sukar jika kita tidak bersyukur! Tanpa syukur hidup kita akan sukar di dunia dan lebih sukar di akhirat.
Jumaat, 26 Julai 2013
Tips Gembira Sepanjang Hari
Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.
2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.
4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.
5. Mulakan hari dengan ubah sikap. Tetapkan apa yang mahu dicapai.
6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.
Rabu, 24 Julai 2013
Perniagaan Anak Muda – 7 Cara Berjaya
- Kejujuran : Dalam konteks jujur amat penting dalam perniagaan, dari sini anda akan membina credibility anda pada usia yang muda lagi.
- Masa : Kurangkan pembaziran masa pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Biasanya dalam usia muda ramai yang ingin dan ingin menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
- Pemilihan Kawan : Bukan sombong atau berlagak untuk memilih kawan, cuma untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu biasakan diri berada dalam bulatan kawan yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan, walaupun pada usia muda anda perlu biasakan diri bersama mereka yang memang dalam bidang yang anda ceburi, dari sini anda dapat kongsikan idea-idea perniagaan.
- Tujuan dalam perniagaan: Mengetahui dan jelas kenapa anda memilih untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.
- Cabaran : Dalam setiap bidang yang diceburi ada cabaran dan dugaan, contohnya, jika anda melakukan perniagaan dirumah, cabaran yang akan anda hadapi adalah seronok tidur dan lewat bangun, biasakan diri dengan medisplinkan diri dengan menyediakan jadual bekerja anda dirumah.
- Kekuatan dan kelemahan : Kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda dalam bidang yang anda ceburi dan yang mana yang kurang tu, boleh belajar dan bertanya pada orang yang arif dalam bidang itu.
- Nilai-nilai murni: Bersopan-santun macam ni memang perlu digilap terutama melayan pelanggan, sebenarnya memang leceh nak layan pelanggan yang cerewet, sebenarnya pelanggan ingin mengetahui kepastian dan keyakinan pada perniagaan yang kita jalankan, sekali pelanggan kita suka, dia akan terus beli dan membeli dari perniagaan kita.
Punca Usahawan Yang Bermasalah (Bahagian Akhir)
14. MEMANDAI-MANDAI
Setiap sistem perniagaan mempunyai peraturannya sendiri. Perniagaan juga mempunyai peraturan yang tersendiri. Kita tidak boleh memandai-mandai membuat percubaan seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli sains zaman dahulu sebelum sesuatu ciptaan ditemui. Sekarang ini semua peraturan dan metodologi bagi sesuatu sistem telah dicatat, dibukukan dan dijadikan modul.
Orang yang terkemudian hanya perlu mengikut jejak-jejak yang telah dirintis oleh orang yang telah mencipta kejayaan tersebut. Enggan mengikut jejak langkah orang yang telah berjaya ini akan mengundang padah. Jalan yang dilalui oleh orang yang telah berjaya telah terbukti berkesan. Mereka telah mengetepikan langkah-langkah yang silap melalui pengalaman.
Orang yang pandai belajar daripada kesilapan sendiri manakala orang yang bijak belajar daripada kesilapan dan pengalaman orang lain. Jadilah orang yang bijak.
15. TIDAK MENDENGAR PANDANGAN PELANGGAN
Dua cogan kata penting yang berkaitan dengan pelanggan ialah:
- Pelanggan ialah raja.
- Pelanggan selalunya betul (customer is always right).
Kekuataan peniaga dan usahawan bergantung kepada pelanggan. Rungutan pelanggan hendaklah dikumpul dan diselesaikan seawal mungkin. Pelanggan yang selesa dan berpuas hati akan mengulangi permintaan.
16. TINDAKAN SUSULAN LEMAH
Sebelum close deal
Ada urusan perniagaan yang sulit dan memakan masa yang panjang untuk close deal. Dalam hal ini tindakan susulan amat penting sehingga urus niaga berjaya. Jika tindakan susulan lemah, urus niaga akan gagal.
Susulan selepas perkhimatan diberi
Tindakan after sales service merupakan penyambung urusan perniagaan dengan peluang atau permintaan berikutnya. Purata kita dikhendaki menghubungi pelanggan lama 4 atau 5 kali untuk mendapatkan peluang perniagaan baru. Kalau tindakan susulan kita lemah, peluang untuk mendapatkan perniagaan baru amat tipis.
17. PENAMPILAN DIRI KURANG KARISMATIK
Karisma ialah kualiti pada diri seseorang individu seperti daya kepimpinan, daya penarik atau sifat-sifat tertentu yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai. Sebagai seorang usahawan, kita hendaklah menjual diri kita sebelum kita menjual barangan.
18. GAGAL MENARIK HIDAYAH ALLAH S.W.T.
Hidayah Allah s.w.t adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Tugas kita hanya meminta daripada-Nya. Terpulanglah kepada Allah s.w.t. untuk memakbulkannya. Terpulanglah kepada Allah s.w.t. untuk memakbulkannya. Jika kita gagal mendapat hidayah Allah s.w.t. bermakna ada kesalahan yang kita lakukan menyebabkan Allah jauh dengan kita. Muhasabahlah diri dan baiki diri. Insya-Allah pertolongan Allah akan datang dengan segera.
19. TIDAK BERDISIPLIN
Apabila kita bekerja sendiri, tiada sesiapa yang mengawal pengerakan kita. Jadi kita harus memiliki disiplin diri yang tinggi untuk berjaya.
20. TIDAK MENGHORMATI PELANGGAN
Persaingan yang pesat dalam dunia perniagaan membuatkan pelanggan mempunyai pilihan yang banyak untuk mendapatkan khidmat yang terbaik. Sikap tidak menghormati pelanggan akan merugikan anda.
21. TIDAK MENGAMALKAN PETUA-PETUA MURAH REZEKI
Petua murah rezeki yang diambil daripada al-Quran, hadis dan pengalaman orang soleh seharusnya menjadi panduan kita di samping ilmu-ilmu kontemporari tentang perniagaan. Seperti doa, petua ibarat senjata sulit yang dapat membantu pada saat-saat kesusahan. Lebih-lebih lagi jika petua diamalkan ketika lapang, ia akan menjadi darah daging.
(SUMBER: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG)
(SUMBER: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG)
Punca Usahawan Bermasalah (Bahagian 2)
7. KURANG ILMU
Antara ilmu yang perlu dilengkapi pada diri seseorang usahawan ialah:
- Ilmu tentang perniagaan.
- Ilmu tentang kemanusiaan (people skill).
- Ilmu tentang kehidupan (acquired knowledge).
- Ilmu tentang keakhiratan (revealed knowledge).
Ilmu perniagaan sendiri sentiasa berkembang dan berubah mengikut iklim dunia perdagangan, telekomunikasi, teknologi, globalisasi dan tamadun manusia. Bagi umat Islam, aktiviti perniagaan hanyalah jambatan yang merentasi alam maya ini untuk menuju ke alam akhirat.
8. SILAP KAWAN
Ramai usahawan terjerumus ke alam kegagalan kerana kawan. Sepatutnya kawan menyokong usaha kita jika tidak pun membantu. Tetapi jika sokong pun tidak, malah menjatuhkan kita maka bolehlah dikatakan:
"Harapkan sokong, sokong membawa rebah."
Oleh sebab itu, menentukan lingkungan kawan (circle of friends) sangat mustahak. Kawan yang tidak membantu boleh membantutkan usaha anda.
9. JIWA RAPUH
Jiwa yang rapuh mudah patah semangat.
SEBAB JIWA RAPUH
- Penyakit kronik.
- Tekanan.
- Tiada sokongan ahli keluarga terdekat.
- Hilang keyakinan diri.
- Perniagaan merosot.
- Kehilangan orang yang disayangi.
10. NAK CEPAT KAYA
Berapa ramai orang usahawan yang mengeluarkan simpanan mereka, malah ada yang mengeluarkan wang KWSP untuk melabur dengan skim cepat kaya yang berselindung di sebalik pelbagai nama dan akhirnya kerugian besar.
11. ADA SIFAT IRI HATI
Sifat iri hati ialah sifat mazmumah yang merosakkan diri sendiri. Iri hati boleh menyebabkan persaingan yang tidak sihat, berlaku boikot memboikot, mengadu domba, black mail, berpuak-puak dan tidak bersatu hati.
12. SIFAT MALAS
Malas ialah seperti sifat ular. Apabila dapat makanan, dia akan tidur hingga perutnya lapar semula. Sifat malas berpunca daripada malasnya minda berfikir dan bekerja keras.
13. KURANG BERUSAHA
Kurang usaha disebabkan oleh kurang gesaan, cabaran dan motivasi diri. Matlamat kurang jelas juga menyebabkan kurang usaha. Orang yang berjaya sentiasa meningkatkan usaha. Antara sebab orang yang kurang usaha ialah:
- Selesa dengan apa yang ada.
- Menganggap diri sudah berada di dalam zon selamat (comfort zone).
- Tidak ada tanggungan seperti isteri dan anak-anak.
- Putus harap.
- Faktor usia.
- Faktor kesihatan.
Bersambung dalam artikel akan datang...
Punca Usahawan Yang Bermasalah ( Bahagian 1)
1. INGKAR
Iaitu ingkar perintah Allah, ingkar nasihat pasangan, nasihat orang tua-tua, nasihat orang yang lebih berpengalaman. Ini merupakan masalah utama.
2. JAHIL
Jahil maksudnya tidak ada ilmu dalam selok-belok perniagaan, tidak tahu teknik dan kaedah berniaga, tidak mahu belajar, tidak mahu bertanya, tidak mahu berbincang dan tidak mahu mengikuti jejak langkah orang yang telah berjaya dalam perniagaan.
3. BODOH SOMBONG
Orang yang bodoh sombong lebih teruk daripada orang jahil. Bukan sahaja tidak mahu bertanya, malah apabila ditegur atau apabila orang lain memberi pandangan, dia marah, kecil hati, ambil hati dan sombong. Tidak mahu menerima pandangan orang lain walaupun pandangan itu sangat baik dan bernas tetapi oleh sebab dia ada (kononnya) harga diri atau ego dan sombong, dia enggan dengar.
4. TIDAK BERAMAL DENGAN ILMU
Ada orang yang sudah mendengar nasihat atau sudah ada ilmu tetapi masih lagi tidak beramal dengan pengetahuan itu. Kalau beramal pun masih tidak istiqamah.
5. MATLAMAT TIDAK MURNI
Ada orang melangkah masuk ke dunia perniagaan dengan hasrat yang tidak murni. Antaranya:
- Merancang untuk menipu.
- Membalas dendam kepada pesaing.
- Membelanjakan modal atau pelaburan yang diamanahkan.
- Mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
- Membolot kekayaan sendiri.
- Mendapat faedah dan manfaat diri sendiri.
- Menjadikan perniagaan hanya sebagi batu loncatan.
- Menyalahgunakan kemudahan dan geran daripada kerajaan.
- Menindas golongan lemah dan teraniaya.
6. MATLAMAT TIDAK JELAS
Ada pula orang yang memasuki dunia perniagaan dengan matlamat yang samar-samar. Dia tidak jelas dengan skop perniagaan yang diperniagakan. Kecintaannya bukan pada perniagaan. Orang begini selalunya:
- Berniaga kerana terpaksa
- Mewarisi perniagaan keluarga, bukan perniagaan sendiri.
- Membantu perniagaan suami atau isteri separuh hati.
- Pengurus yang dibayar gaji.
- Lemah minda dan tidak mampu mengikuti perkembangan perniagaan kontemporari.
- Tidak mampu membakar semangat diri sendiri.
Bersambung dalam artikel akan datang...
BERTERUSAN BELAJAR DAN MENGAJAR ORANG DI SEKELILING KITA
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad." (Hadis Masyhur)
Itulah sebabnya anak yang baru lahir (dalam buaian) diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kiri dengan kalimah membesarkan Allah s.w.t., megesakan Allah, mengaku kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., mengajak menyembah Allah dan mengajak menuju kejayaan.
Proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Proses pembelajaran ini tidak berhenti. Sebab itu kita sentiasa menambah ilmu pengetahuan ketika dewasa sehingga menuju ke usia tua.
Ketika sakaratulmaut, waktu nyawa hendak keluar dari jasad, kita masih lagi diajar untuk mengucap 2 kalimah syahadah. Maknanya proses pembelajaran masih berterusan.
Sehingga apabila kita telah meninggal dunia dan dikebumikan, masih lagi dibaca talkin oleh imam untuk memberi ingatan kepada kita apakah yang akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
Walaupun kita tidak dapat mendengar ketika itu kerana sudah meninggal dunia namun bacaan talkin itu bermanfaat untuk orang yang masih hidup yang menghantar jenazah ke tanah perkuburan.
Ilmu Allah sangat luas, sebanyak air di lautan. Malah jika ditambah satu lautan lagi, masih tidak dapat mengatasi ilmu Allah itu. Masih banyak ilmu Allah yang belum mampu diterokai oleh manusia. Buktinya, ilmu sains sentiasa giat diterokai dari zaman berzaman hingga kini walaupun banyak penemuan-penemuan baru diperolehi.
Oleh itu, tidak pelik jika modus operandi perniagaan juga turut berubah. Jadi, kita perlu berterusan belajar dan mengajar orang di sekeliling kita. Pelajarilah pelbagai ilmu seperti ilmu ekonomi, ilmu perniagaan, ilmu pelaburan, ilmu perdagangan, ilmu perakaunan, ilmu eksport import, ilmu pemasaran, ilmu pembuatan dan segala macam ilmu yang berkait dengan perniagaan.
Dengan ilmu-ilmu ini boleh menjadi sebab kita mendapat hidayah dan bantuan serta rezeki yang mencurah-curah daripada Allah s.w.t.
(SUMBER: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG)
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad." (Hadis Masyhur)
Itulah sebabnya anak yang baru lahir (dalam buaian) diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kiri dengan kalimah membesarkan Allah s.w.t., megesakan Allah, mengaku kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., mengajak menyembah Allah dan mengajak menuju kejayaan.
Proses pembelajaran berterusan sepanjang hayat. Proses pembelajaran ini tidak berhenti. Sebab itu kita sentiasa menambah ilmu pengetahuan ketika dewasa sehingga menuju ke usia tua.
Ketika sakaratulmaut, waktu nyawa hendak keluar dari jasad, kita masih lagi diajar untuk mengucap 2 kalimah syahadah. Maknanya proses pembelajaran masih berterusan.
Sehingga apabila kita telah meninggal dunia dan dikebumikan, masih lagi dibaca talkin oleh imam untuk memberi ingatan kepada kita apakah yang akan ditanya oleh malaikat Munkar dan Nakir di dalam kubur.
Walaupun kita tidak dapat mendengar ketika itu kerana sudah meninggal dunia namun bacaan talkin itu bermanfaat untuk orang yang masih hidup yang menghantar jenazah ke tanah perkuburan.
Ilmu Allah sangat luas, sebanyak air di lautan. Malah jika ditambah satu lautan lagi, masih tidak dapat mengatasi ilmu Allah itu. Masih banyak ilmu Allah yang belum mampu diterokai oleh manusia. Buktinya, ilmu sains sentiasa giat diterokai dari zaman berzaman hingga kini walaupun banyak penemuan-penemuan baru diperolehi.
Oleh itu, tidak pelik jika modus operandi perniagaan juga turut berubah. Jadi, kita perlu berterusan belajar dan mengajar orang di sekeliling kita. Pelajarilah pelbagai ilmu seperti ilmu ekonomi, ilmu perniagaan, ilmu pelaburan, ilmu perdagangan, ilmu perakaunan, ilmu eksport import, ilmu pemasaran, ilmu pembuatan dan segala macam ilmu yang berkait dengan perniagaan.
Dengan ilmu-ilmu ini boleh menjadi sebab kita mendapat hidayah dan bantuan serta rezeki yang mencurah-curah daripada Allah s.w.t.
(SUMBER: LANGKAH BIJAK USAHAWAN TERBILANG)
Selasa, 23 Julai 2013
LARANGAN DALAM MENJALANI KEHIDUPAN
Jangan, jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan Kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan bergaul bebas ditempat kerja.
Banyak buruk dari baiknya.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan Kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
(Surah Al-Ahzab:71)
KONSEP 4P + 2P : APLIKASI DALAM PEMASARAN NABI
Konsep 4P lebih menjurus ke arah bagaimana hendak memasarkan sesuatu produk, manakala tambahan 2P lebih membantu ke arah bisnes perkhidmatan.
Dalam proses distribusi juga Nabi Muhammad S.A.W. melarang beberapa strategi yang menzalimi petani-petani di kampung dan bakal pelanggan.
Apakah yang dikatakan tentang Konsep 2P?
Konsep 2P merupakan faktor tambahan bagi bisnes yang berasaskan perkhidmatan seperti perkhidmatan gunting rambut, penghantaran surat dan sebagainya.
Apakah yang dikatakan tentang konsep 4P itu?
Produk (Product)
Produk adalah benda yang boleh ditawarkan di pasaran bagi memenuhi permintaan pengguna. Produk juga adalah kunci kejayaan dalam pemasaran. Sebagai pegawai pemasaran, tiga fasa kajian perlu dilakukan kerana produk adalah satu penyelesaian kepada konsumer:
- Menentukan faedah utama produk Core benefits.
- Transformasi faedah itu kepada produk sebenar Actual benefit.
- Membangunkan produk dengan Nilai Tambah Augmented product.
Promosi (Promotion)
Dalam perniagaan, Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah melebihkan produk dengan maksud ingin memikat pembeli. Promosi adalah komunikasi pihak penjual dengan pembeli. Beliau juga tegas menyatakan bahawa seorang peniaga perlu menjauhi diri daripada sumpah ataupun janji yang berlebihan dan melampaui batas.
Daripada Abu Hurairah;
"Sumpah atau janji yang diucapkan untuk melariskan perniagaan dapat merosakkan keuntungan." (Direkodkan oleh Imam Muslim)
Penetapan Harga (Pricing)
Konsep penetapan harga (pricing) ditetapkan oleh beliau pada 1400 tahun dahulu melalui hadisnya yang terkenal.Daripada Abdullah bin Umar;
Janganlah kamu menyaingi (secara tidak sihat) penjualan saudaramu sendiri." (Direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)Nabi melarang persaingan yang tidak sihat di kalangan peniaga seperti perang harga yang melampau. Namun, beliau menganjurkan persaingan secara sihat dengan mengutamakan kualiti produk dan nilai tambah kepada sesuatu produk. Produk juga adalah kos yang bakal ditanggung oleh pihak pembeli bagi memperoleh manfaatnya.
Pemilihan Lokasi (Place)
Pada masa Nabi Muhammad S.A.W juga wujud pasar-pasar yang menjadi tumpuan pedagang untuk memperniagakan barang-barang dagangan daripada luar Kota Makkah. Beliau juga turut berniaga di pasar-pasar yang terdapat di sekitar kota dan di luar Makkah.Dalam proses distribusi juga Nabi Muhammad S.A.W. melarang beberapa strategi yang menzalimi petani-petani di kampung dan bakal pelanggan.
Apakah yang dikatakan tentang Konsep 2P?
Konsep 2P merupakan faktor tambahan bagi bisnes yang berasaskan perkhidmatan seperti perkhidmatan gunting rambut, penghantaran surat dan sebagainya.
Proses (Process)
Proses dalam konteks pemasaran perkhidmatan memerlukan kepada usahawan bagi memahami sifat bisnes perkhidmatan itu sendiri:- Perkhidmatan tidak boleh dilihat dan dirasa sebelum dibeli.
- Perkhidmatan bergantung kepada siapa, bila, di mana dan bagaimana.
- Perkhidmatan tidak dapat diasingkan dengan pemberinya,
- Perkhidmatan sama sekali tidak boleh disimpan bagi kegunaan akan datang,
Pekerja (People)
Dalam bisnes perkhidmatan, kepuasan dan kesetiaan pelanggan bergantung sepenuhnya kepada pekerja yang berhadapan secara langsung dengan pelanggan (front-end customer).
Sebagai contoh, perkhidmatan sesebuah institusi perbankan bergantung kepada kemesraan dan layanan pekerja yang berada di kaunter transaksi.
(Sumber: Jejak Bisnes Rasul)
9 PERKARA YANG TIDAK DISUKAI PADA ORANG BISNES
Penipu
- Allah berkata, "Celaka orang yang curang, (iaitu) orang yang apabila menerima timbangan dari orang lain mereka minta dipenuhi, dan apabila mereka menimbang untuk orang lain, mereka kurangi." (Surah al-Muthafifin: 1-3)
Melakukan Riba
- Allah S.W.T. berkata, "Allah menghalalkan perdagangan dan mengharamkan riba" (Surah al-Baqarah: 275)
Tidak Mesra Pelanggan
- Nabi Muhammad S.A.W. berkata: "Tidak sempurna iman seseorang yang tidak menghormati tetamu." (Direkodkan oleh Imam Muslim)
Tidak Berterus Terang
- Nabi Muhammad S.A.W berkata: "Peniaga yang benar akan berada di bawah naugan Arasy pada hari kiamat." (Direkodkan Oleh Dailami)
Tangguh Pembayaran
- Nabi Muhammad S.A.W. berkata, "Kurangilah hutang supaya anda hidup merdeka." (Direkodkan oleh Ibnu Munzir)
Tidak Tepati Janji
- Nabi Muhammad S.A.W menggambarkan antara sifat orang munafik ialah apabila ia berjanji ia mungkiri. (Direkodkan oleh An-Nasaiy)
Tidak Membuat Kebajikan
- Allah S.W.T. berkata, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Surah al-Maidah: 2)
Monopoli
- Nabi Muhammad S.A.W. berkata, "Sesiapa yang menyorok (monopoli) makanan orang Islam, nescaya Allah murka dengan menimpakan penyakit kusta dan muflis dalam hidup mereka." (Direkodkan oleh Ahmad)
Harga Tidak Berpatutan
- Nabi Muhammad S.A.W. berkata. "Sesiapa yang tidak mengasihi ia tidak dikasihi." (Direkodkan oleh Imam Bukhari)
7 LANGKAH EFEKTIF MENGURUS RISIKO
1. Kenali risiko anda
Kita perlu proaktif dengan menjadi 'Pencari masalah' (Problem Seeker) dalam setiap bisnes yang kita jalankan. Tindakan ini akan memudahkan kita membantu bagi melaksanakan polisi yang tepat.
2. Kaji impaknya
Pastikan kita benar-benar memahami sebab dan musabab (cause and effect)
terhadap sesuatu risiko. Tindakan yang tepat perlu bergantung kepada punca yang sebenar. Sebagai contoh, para doktor cuba bagi mencari simptom-simptom sesuatu penyakit sebelum memberikan ubat yang sesuai.
3. Lakarkan risiko berdasarkan prioriti
Selepas mengkaji keseluruhan risiko yang bakal dihadapi, bahagikan risiko itu berdasarkan keutamaan iaitu daripada risiko yang besar kepada yang kecil impaknya.
4. Rekod dan dokumentasi risiko
Rekod risiko sebagai rujukan pada masa depan. Dokumentasi amat penting sebagai bukti dan informasi sekiranya perkara yang sama berlaku.
5. Nilai risiko
Selepas direkod, nilai kembali risiko-risiko itu sama ada perlu diterima atau diabaikan. Langkah ini penting bagi memfokuskan pihak pengurusan kepada objektif tertentu.
6. Rancang tindakan
Pelan tindakan yang holistik perlu dirancang secara kolektif bagi menghadapi risiko yang bakal terjadi. Pelan tindakan itu perlu dijadikan panduan khusus bagi semua pihak yang terlibat.
7. Laporkan prestasi
Setiap prestasi kepada tindakan yang ditetapkan perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan sebagai salah satu proses pemantauan bottom-up.
(Sumber; CMA Business Talk: The Star)
2 KUNCI PASARAN (MARKET)
Pasaran Penjual (Market Seller)
- Pasaran penjual berlaku apabila penjual mendominasi harga di pasaran produk atau perkhidmatan itu. Dalam erti kata yang lain, penjual mempunyai kuasa bagi menentukan harga dan dalam masa yang sama pembeli memerlukan produk atau perkhidmatan itu.
Pasaran Pembeli (Market Buyer)
- Pasaran pembeli terjadi apabila pembeli mendominasi harga di pasaran produk atau perkhidmatan itu. Dalam erti kata yang lain, pembeli mempunyai kuasa bagi mempengaruhi harga dan dalam masa yang sama terdapat persaiangan di kalangan penjual dalam memasarkan produk atau perkhidmatan itu.
HIKMAH GEMBALA KAMBING
Ketika berumur lapan tahun, Nabi Muhammad S.A.W. tinggal bersama pakcik saudaranya Abu Talib selepas kematian datuk dan ibunya. Walaupun Abu Talib ketua suku Bani Hashim, beliau hidup dalam keadaan sederhana. Justeru, Nabi Muhammad S.A.W. mula belajar hidup berdikari dengan menggembala kambing di padang pasir
Dalam hadis menyatakan;
" Tidak ada Nabi, melainkan semuanya pernah menggembala kambing"
Sekadar Hiasan |
Daripada Perspektif Bisnes
Menggembala kambing tidak semudah yang disangkakan. Jangan sesekali memandang rendah pada pekerjaan menggembala kambing. Antara sifat kambing yang perlu diketahui adalah ia berbau hapak, degil serta tidak mendengar arahan walaupun dipukul seteruk mana sekalipun. Namun, seorang usahawan wajar mengambil pengajaran di sebalik menggembala kambing;Konsep 4K
- Kesabaran (self-control), agresif dan membina jiwa yang kental (spritual quotient)
- Kerja kuat (execution) dan disiplin diri.
- Kepentingan masa berkualiti (time management) dalam kehidupan seharian.
- Kira-kira (accounting) dan Pengurusan Sumber (resources).
- Kebesaran Tuhan (thingking big) iaitu dengan merenung ciptaan dan hikmah di sebalik ciptaan Tuhan.
(SUMBER: JEJAK BISNES RASUL)
7 AMALAN SEHARIAN BAGI MEMBINA PERIBADI USAHAWAN CILIK
- Baca surah Yusuf semasa mengandung supaya anak dalam kandungan memiliki semangat berdikari, wajah yang baik dan budi pekerti yang mulia.
- Ajarkan mereka solat ketika berumur tujuh tahun supaya mereka taat kepada Tuhan.
- Ajar menghormati rezeki ketika makan iaitu dengan membaca doa supaya mereka tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.
- Didik dengan tahap disiplin yang tinggi terhadap kepentingan masa dan ilmu supaya mereka tidak leka di kemudian hari.
- Didik dengan teknik pengurusan duit poket supaya mereka bijak berbelanja dan tidak boros.
- Ceritakan kepada mereka bentuk pekerjaan dan bisnes diri sendiri supaya timbul minat dalam hati mereka.
- Galakkan mereka bercerita tentang pembinaan kerjaya masa depan. Jika perlu hadiahkan mereka permainan yang beridentitikan kerjaya seperti alat kedoktoran jika mereka mahu menjadi doktor.
4 SIFAT NABI YANG PERLU ADA DALAM DIRI USAHAWAN
Benar
- Benar pada diri dan orang lain. Sifat benar itu bakal melahirkan tindakan yang yakin dan berani menghadapi cabaran serta dugaan yang mendatang.
Amanah
- Sifat tanggungjawab pada diri, komuniti dan alam semesta membina kekuataan diri dan memperbaiki mutu komunikasi sosial.
Sampaikan
- Usahawan perlu menjadi ejen pemasaran dan penyampai yang unggul.
Bijak
- Usahawan perlu melihat sesuatu dari perspektif yang berbeza. Kemudian, muncul apa yang dinamakan kreativiti, idea dan wawasan. Jadi, produk atau perkhidmatan yang diberikan perlu yang terbaik (perfectionist). Hasilnya, timbul rasa percaya (trust) daripada pelanggan.
23 RAHSIA ORANG YANG GAGAL
- SUKA DENGAR CAKAP ORANG
- CEPAT MENGAKU KALAH
- HIDUP ATAS SUDUT PANDANGAN ORANG LAIN
- TIDAK SANGGUP BERKORBAN
- TIDAK ADA KOMITMEN
- TIDAK PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
- TIDAK ADA PENDIRIAN
- BANYAK BUAT PENANGGUHAN
- PASIF
- SELALU BERKATA "SUSAHLAH"
- KURANG USAHA ; USAHA SEKALI SEKALA
- TIDAK SUKA ORANG
- TIDAK DISUKAI ORANG
- SELALU BERKATA "LAMBAT SUDAH"
- ENGGAN BELAJAR
- JARANG BERDOA
- CEPAT JEMU
- CEPAT PUAS HATI
- PEMALAS
- HANYA MERANCANG DAN BERFIKIR
- TIDAK MENGOSONGKAN DIRI
- SERIBU SATU ALASAN
- CEPAT RASA SELESA
Isnin, 22 Julai 2013
SIFAT PERIBADI SEORANG USAHAWAN
Mengikut kajian, dapat disimpulkan bahawa seorang usahawan yang ideal harus mempunyai 17 sifat keperibadian.
17 SIFAT KEPERIBADIAN SEORANG USAHAWAN
- Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.
- Memandang masa hadapan dengan jelas - Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yang belum ada dalam pasaran. Idea ini amat jelas untuk direalisasikan walaupun detailnya mungkin belum lengkap dan boleh diubah suai. Idea ini sering dipromosikan dengan penuh keyakinan dan kecintaan.
- Berkeupayaan untuk bekerja keras - Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau "warkaholic". Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.
- Berfikiran positif - Usahawan berfikiran positif seperti hero dalam filem box office Barat yang sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.
- Berani membuat keputusan - Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan perlu dibuat dengan kadar segera. Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.
- Bersikap optimistik - Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah "Masa kini ialah masa yang terbaik" dan "Semua perkara boleh dilakukan."
- Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.
- Berani mengambil risiko secara berhemah - Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza. Jika kita mengambil perkiraan yang teliti (calculated risks), namun masih menemui kegagalan, itu bukan dikira kesilapan diri kita lagi.
- Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah.
- Bekerja sendiri - Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah orang lain. Dia mungkin bekerja dengan seseorang untuk mendapat pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan buat suatu jangka masa yang pendek dan kemudian akan menjalankan perusahaan sendiri.
- Mempunyai daya kepimpinan dengan mengutamakan kepimpinan dengan mengutamakan sifat mengasuh dan mendidik - Kesanggupan mengetuai dan mengawasi sesuatu usaha sehingga pekerja di bawah organisasinya boleh bekerja tanpa dipantau.
- Bersikap sedia menerima tanggungjawab - Kesanggupan memikul tanggungjawab kepada sebarang usaha dari segi moral, mental dan undang-undang. Dia lebih berorientasikan kemanusiaan daripada kepentingan diri. Dia bersedia memenuhi permintaan pelanggannya.
- Berorientasikan ganjaran atau habuan - Keinginan mendapat ganjaran hasil daripada usaha dan iktihiar. Ganjaran paling utama ialah bentuk wang. Tetapi boleh juga diambil dalam bentuk pengiktirafan, pangkat, nama, anugerah dan rasa hormat.
- Berorientasikan kecemerlangan - Meletakkan sasaran pencapaian sesuatu yang luar biasa yang dapat memberi kebanggaan.
- Bersemangat organisasi - Seorang usahawan mampu membawa semua kompenan perniagaan termasuk sumber tenaga manusia (personel atau kakitangan) ke arah kejayaan. Dia juga mampu mempengaruhi orang lain untuk menyokong dan membantu usahanya.
- Berorientasi keuntungan - Seorang usahawan bijak mentaksir harga. Dia mempunyai keinginan untuk mendapat apa jua bentuk ganjaran. Bagaimanapun, keuntungan cuma merupakan kayu pengukur tahap kejayaan dan pencapaian. Ketika melantik Malik bin al-Haris menjadi gabenor di Mesir, Saiyidina Ali k.w.h. berkata, "Menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yang berguna kepada masyarakat."
- Bertakwa kepada Allah s.w.t. dengan mengangkat-Nya menjadi Petunjuk, Pembimbing dan Pemerhati kepada aktiviti perniagaan kita.
Langgan:
Catatan (Atom)