Halaman

Ahad, 18 Ogos 2013

Ringkasan Kecerdasan Emosi (EQ) dalam Komunikasi

Emosi yang tinggi membantu individu mengatasi gangguan komunikasi dengan baik, menjadikan persepsi lebih tepat, meningkatkan daya cerapan, meningkatkan kemahiran bukan lisan serta meningkatkan interaksi interpersonal. Berikut adalah sifat individu yang tinggi EQ sewaktu menjalankan komunikasi:

  • Sentiasa tersenyum, ceria dan menyenangkan orang lain.
  • Pandai menyesuaikan diri mengikut keadaan dan tempat.
  • Mempunyai penampilan yang menarik dan bersesuaian.
  • Berpengetahuan tinggi tentang apa yang dicakapkan, untuk siapa, apa tujuan dan sebagainya.
  • Pertuturan lemah lembut dan bersopan.
  • Menjauhkan diri daripada fitnah, gosip, atau mengata orang lain.
  • Tidak agresif dalam tindakan.
  • Bijak mengawal emosi.
  • Tidak menengking, marah-marah atau kasar.
  • Tidak prejudis dan bersangka buruk.
  • Tidak terlalu pesimis dan berfikiran negatif.
  • Tidak kelam kabut atau merasa tidak tenteram.
  • Tidak sombong, meninggi diri atau berlagak pandai.
  • Saling hormat-menghormati.
  • Tidak merendah-rendahkan orang lain.
  • Tidak berhasad dengki atau berdendam.
  • Pendengar yang baik.
  • Bijak menggunakan bahasa badan dan bersesuaian.
  • Selalu tenang dan yakin.
  • Berdoa.

Sabtu, 17 Ogos 2013

Beri Khidmat Pelanggan Yang Baik

Aset terpenting sesebuah perniagaan adalah para pelanggan. Tanpa permintaan daripada pelanggan yang banyak dan berterusan, tiada perniagaan mampu hidup. Oleh itu, kepuasaan pelanggan penting bagi sebarang perniagaan dan kualiti khidmat pelanggan menentukan kepuasan pelanggan kita. Beberapa prinsip utama khidmat pelanggan adalah seperti berikut:

Pelanggan Sentiasa Betul

Sekiranya pelanggan datang kepada kita dan meminta produk ataupun perkhidmatan tertentu, kita perlu berusaha memenuhinya sebaik mungkin. Sekiranya selepas perkhidmatan diberi pelanggan tidak berpuas hati dan memberi maklum balas yang negatif, terimanya sebagai sah dan benar, kemudian cuba selesaikannya dengan memuaskan hati mereka. Ini mungkin bermakna kita perlu meminta maaf, membaiki barang yang rosak, ataupun memberi hadiah percuma.

Dalam semua situasi, pelanggan perlu merasakan masalah mereka mendapat perhatian serius dan ada usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyelesaikannya.

Jawab Pertanyaan dengan Segera

Tidak kira seremeh mana pun pertanyaan yang diajukan, pertanyaan itu penting bagi pihak yang bertanya. Oleh itu, kita perlu berusaha menjawab semua pertanyaan dengan cepat, tepat, dan berhemah. Sekiranya pertanyaan itu di luar pengetahuan kita, minta pelanggan menunggu sebentar sementara kita mencari jawapannya.

Sekiranya pertanyaan dibuat melalui telefon, tawarkan diri menelefon mereka kembali selepas mendapat jawapan. Sekiranya boleh, jangan pindahkan pelanggan kepada orang lain.

Kenali Pelanggan Kita

Pelanggan begitu menghargai perkhidmatan peribadi. Kita perlu berusaha mengenali pelanggan, memanggil mereka dengan nama mereka, mengingati kegemaran dan kebencian mereka, serta apa yang mereka selalu cari. Pengetahuan mendalam mengenai produk kita adalah berguna dalam perkara ini.

Sekiranya kita mahir dalam ciri-ciri dan kegunaan produk, kita dapat memaklumkan pelanggan dengan tepat bagaimana produk itu memenuhi keperluan mereka. Lebih tepat sekiranya kita dapat memenuhi keperluan pelanggan, bukan sahaja mereka akan kembali lebih kerap, malah mereka juga akan mengesyorkan produk kita kepada rakan-rakan dan kenalan-kenalan mereka.

Setia kepada Pelanggan Kita

Kesetiaan pelanggan adalah perkara dua hala dan dalam keghairahan menarik pelanggan baru, kita tidak sepatutnya mengabaikan pelanggan lama dan pelanggan yang berulang.

Mengabaikan pelanggan lama tidak akan membantu mengekalkan mereka dan mungkin menyebabkan mereka mencari alternatif lain.

Akhir sekali, tiada pelanggan yang tidak penting, tidak kira orang itu kelihatan tua, miskin, ataupun tidak berpelajaran. Setiap pelanggan mempunyai potensi menjadi pembeli dan berpotensi mempromosikan bisnes kita. Sama ada publisiti yang dibawa positif ataupun negatif, bergantung kepada sama ada mereka berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan yang mereka terima.



Ambil Pekerja Yang Sesuai

Apabila memilih rakan perniagaan ataupun pekerja dalam bisnes, perkara pertama yang perlu dipastikan adalah sama ada mereka dapat dipercayai ataupun tidak. Rakan perniagaan yang tidak dapat memenuhi komitmen, ataupun pekerja yang tidak melaksanakan tugasan dengan sebaik mungkin menghancurkan perjalanan perniagaan kita. Oleh sebab itu, proses pemilihan dan pengambilan pekerja adalah penting.

Dalam proses ini, kita perlu memerhatikan pertuturan dan perlakuan orang itu, mengenali latar belakangnya, bagaimana beliau bertindak sendirian serta dalam pasukan, dan menggunakan kesemua maklumat ini bagi menentukan sama ada beliau sesuai ataupun tidak.



Rabu, 14 Ogos 2013

Kesan Mendidik Anak Menjadi Ala Kadar


  • Malu hendak mengakui kehebatan diri.
  • Tidak yakin dengan kebolehan diri.
  • Lambat mengenal pasti kemahiran dan kebolehan diri.
  • Anak tidak mampu menerobos sempadan diri.
  • Tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Akibat Ingkar Perintah Allah s.w.t.


  • Dimurkai Allah s.w.t.
  • Tidak diberi hidayah.
  • Hati dan jiwa tidak tenang.
  • Dibenci oleh manusia dan penghuni langit.
  • Tidak memperolehi hasil yang memberangsangkan dalam sesuatu kerja.
  • Tidak mampu menerobos sempadan diri.
  • Masuk neraka Jahannam.

12 Penghalang Kemajuan Diri

  • Ingkar perintah Allah s.w.t.
Ingkar perintah Tuhan, pokok pangkal terbinanya sempadan yang menghalang kejayaan, bukan sahaja di dunia malah di akhirat jua.

  • Kesan mendidik anak ala kadar.
Didikan untuk menjadi seseorang manusia yang ala kadar menjadi faktor diri tidak hebat.

  • Takut dikritik.
Orang yang cemerlang adalah orang yang bersyukur apabila dikritik atau ditegur.

  • Takut gagal.
Takut gagal antara faktor terbesar rahsia diri tidak tercungkil.

  • Matlamat kabur.
Seseorang yang kabur matlamat hidupnya tidak akan mampu melangkah dari tangga ke tangga yang seterusnya.

  • Jahil
Orang yang jahil banyak perkara, tidak mampu menerobos sempadan diri.

  • Kekurangan sumber.
Kadangkala sumber yang diperlukan untuk membasmi kejahilan itu kurang dan ia sebenarnya menyekat peningkatan kendiri individu.

  • Bodoh sombong.
Orang bodoh sombong tidak akan mampu mencipta kecermalangan diri.

  • Pentingkan diri sendiri.
Orang yang mementingkan diri sendiri sebenarnya mendatangkan kerugian kepada diri.

  • Mudah patah semangat.
Orang yang mempunyai aras ketahanan diri yang rendah sentiasa gagal dalam urusan.

  • Tergesa-gesa mahukan hasil.
Tergesa-gesa adalah sikap syaitan manakala tenang dan positif adalah ajaran Islam.

  • Kurang berdoa.
Doa merupakan cara terus untuk memohon hajat kepada Allah Yang maha Kaya.

Ahad, 11 Ogos 2013

Al-Ghaniyy ( Yang Maha Kaya )

" Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji " - Surah Luqman: Ayat 26 -

Allah itu Maha Kaya dan mencukupkan keperluan dirinya sendiri. Zat dan sifatnya tidak memiliki hubungan dengan sesuatu apa pun yang lain. Allah tidak memerlukan apa-apa pun dan tidak perlu mencari. Kekayaannya tidak ada hubungannya dengan yang lain, bahkan semua yang lain bergantung padanya. Allah berkata " Allahlah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang memelukannya. " ( Muhammad, ayat 38 )

Oleh itu, Allah sebagaimana yang dikemukakan dalam Hadis Qudsi, berasa hairan dengan manusia yang menerima limpahan kekayaannya tetapi berterima kasih pada yang lain. Sepatutnya, apabila seseorang diberikan kekayaan, rasa syukurnya pada Allah semakin banyak.

Orang yang bersyukur pada Allah yakin dengan janji Allah den bersedia membantu orang-orang miskin yang kelaparan, meyekolahkan anak-anak miskin dan anak-anak yatim. Dia tidak pernah khuatir kekayaannya berkurangan kerana diberikan pada orang lain, malah dia menggunakan kesempatan menggunakan kekayaan bagi beramal sebanyak-banyaknya, selari dengan janji Allah:

 "Jika kamu khuatir menjadi miskin, maka Allah nanti memberikan kekayaan padamu dan kurniaannya, apabila dia mengkhendaki." - at-Taubah, ayat 28 -

 "Dia yang memberikan kekayaan dan memberikan kecukupan." - an-Najm, ayat 48 -

Menurut al-Qusyairi, iman adalah khazanah kekayaan Allah. Orang yang beriman adalah orang yang kaya di antara manusia, kerana orang seperti itu mengetahui tidak ada keperluan dari sesiapa pun kecuali Allah, zat yang benar-benar Maha Kaya.


Isnin, 5 Ogos 2013

Rahsia Kekayaan, Kejayaan, Dan Kebahagian




Tahukah anda 96% kekayaan dalam dunia ini dimiliki oleh 1% golongan manusia sahaja? Ini adaloah fakta yang mengejutkan kita. Apa yang penting, pasti ada sebab mengapa ia berlaku.

 Berdasarkan kajian, golongan 1% sentiasa bersikap positif dengan apa sahaja yang mereka hadapi. Pada saat manusia lain melihat musibah sebagai suatu penderitaan, mereka melihat musibah sebagai pemangkin yang menyebabkan mereka lebih tabah dan cekal. Pada saat orang lain melihat kerja yang tidak menjadi sebagai gagal, mereka melihat sebagai pelajaran yang membimbing mereka pada masa hadapan.

 Bukankah semua ini adalah sikap bersangka baik?

 Sikap bersangka baik membantu kita berjaya dalam hidup. Bersangka baik menjadikan kita positif dan bertenaga. Bersifat positif menjadi magnet bagi manusia menarik kekayaan dan kejayaan dalam hidupnya.

 Bersangka buruk menyebabkan kehidupan manusia sentiasa tertarik kepada keburukan dan kegagalan.

 Oleh sebab minda kita sentiasa menarik apa yang difokuskan, kita perlu bersikap positif bagi berjaya dalam hidup. Semua manusia inginkan kebaikan dalam hidup, dan kebaikan itu perlu dicipta dalam minda dan hati sebelum direalisasikan di alam nyata.

 Kita berpotensi menjadi jutawan sekiranya kita rajin belajar, bersikap terbuka, gigih mengamalkan ilmu yang ada, dan sentiasa bergantung penuh pada Allah s.w.t.